[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

CUEPACS PENIPU...

Date: 13 Aug 1999
Time: 05:50:26
Remote User: -

Comments

ULASAN

NAMPAKNYA CUEPACS JUGA SUDAH TERUK. SEMASA KERAJAAN BERURA-URA UNTUK KORPORATKAN HOSPITAL, MEREKA SOKONG. SEKARANG DIA SOKONG JUGA.

KITA LIHAT DI BAWAH PEMIMPIN BARU INI, DIA LEBIH BERSIFAT POLITIK.

AWAS KAKITANGAN AWAM, JANGAN DIPERALATKAN.

============================================================================================================================== CUEPACS SAMBUT BAIK PEMBATALAN CADANGAN KORPORAT HOSPITAL

IPOH, 13 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik keputusan kerajaan untuk membatalkan cadangan pengkorporatan perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital dan kliniknya.

Presidennya N. Siva Subramaniam hari ini berkata keputusan yang dibuat itu menunjukkan kerajaan prihatin dan mengambil berat pendapat orang ramai.

Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng ketika mengumumkan keputusan kerajaan itu hari ini berkata ia dibuat setelah mengambil kira kemampuan perkhidmatan kesihatan yang disediakan yang sudah berada pada tahap baik dan diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia.

"Keputusan itu juga dibuat setelah mengambil kira cadangan dan pandangan semua pihak terutamanya pemimpin masyarakat dan kerajaan daripada peringkat bawah hingga atas," katanya.

Siva berkata langkah itu dialu-alukan kerana sejak kebelakangan ini banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang campur tangan dalam isu itu sehingga ke tahap menghasut rakyat.

"Mereka sepatutnya tidak boleh campur tangan. Kita mempunyai cara kita sendiri iaitu bermesyuarat dan berbincang dengan kerajaan," katanya.

Menurut beliau, Cuepacs yang sebelum ini turut dihentam NGO terbabit sebenarnya telah menyalurkan pendapat mengikut saluran yang betul iaitu melalui mesyuarat dengan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perhidmatan Awam dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

"Kita tidak mahu publisiti murah seperti yang mereka lakukan," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 13, 1999