[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Pemimpin Angkuh

Date: 13 Aug 1999
Time: 20:07:44
Remote User: -

Comments

Ulasan

Sungguh angkuh dia. Kita tahu bahawa penilai antarabangsa ini membuat kerja secara profesional. Kalau bagus, dia kata bagus. Kalau tidak, dia kata tidak. Tapi Si Kepala Taik mahu semua orang ikut dia.

Wahai Si Kepala Taik dengar, dengar...jangan terlalu angkuh.

============================================================================================================================== MALAYSIA URUS NEGARA TANPA SYARAT MANA-MANA PIHAK, KATA MAHATHIR

SEREMBAN, 13 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan menguruskan negaranya tanpa syarat dari mana-mana pihak.

Ketika diminta mengulas laporan bahawa Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) akan diterima masuk semula dalam indeks Morgan Stanley Capital International (MSCI) dengan dikenakan syarat, beliau berkata: "Itu kita tak perlu buat komen. Kita akan uruskan negara kita tanpa syarat-syarat apa daripada mana-mana pihak."

Akhbar tempatan melaporkan hari ini pengumuman MSCI bahawa ia akan memasukkan semula Malaysia ke dalam siri indeksnya selepas negara ini melonggarkan sebahagian kawalan modal berkuatkuasa 1 Sept ini.

Harga saham di BSKL melonjak tinggi sebanyak 40.46 mata semalam berikutan berita tentang MSCI itu. Sebelum Malaysia mengenakan kawalan modal pada tahun lepas, MSCI menyenaraikan 32 kaunter syarikat Malaysia dalam indeks itu bagi memudahkan pelaburan oleh pengurus dana antarabangsa.

Dr Mahathir, yang menamatkan lawatan kerja dua hari ke Negeri Sembilan hari ini, sebelum itu mengadakan perjumpaan tertutup secara berasingan dengan Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan jawatankuasa bahagian-bahagian Umno negeri serta pergerakan Pemuda dan Wanita Umno. -- BERNAMA


Last changed: August 13, 1999