[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

....ini tidak bermakna kita harus undi BN.

Date: 13 Aug 1999
Time: 20:10:50
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kita seru kepada semua doktor dan rakyat bahawa kedurjanaan BN bukan setakat isu ini sahaja. Tapi banyak lagi isu-isu lain.

Kejayaan ini adalah kejayaan rakyat dan pakatan alternatif.

============================================================================================================================== MMA SAMBUT BAIK PEMBATALAN KORPORAT HOSPITAL

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyambut baik keputusan kerajaan membatalkan rancangan pengkorporatan perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital dan kliniknya.

Presiden MMA Dr P. Krishnan berkata persatuan itu memuji keputusan kerajaan untuk terus memain peranan penting sebagai pembekal penjagaan kesihatan.

"Daripada memansuhkan sektor awam itu, MMA percaya bahawa hospital kerajaan dan perkhidmatan perubatan patut disusun semula dan ditingkatkan dengan menyerapkan sumber-sumber yang boleh memperbaiki kualiti perkhidmatan dan meningkatkan moral dan motivasi kakitangan kesihatan,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembatalkan cadangan pengkorporatan perkhidmatan penjagaan kesihatan kerajaan yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng hari ini.

Chua ketika mengumumkan keputusan kerajaan itu berkata ia dibuat setelah mengambil kira kemampuan perkhidmatan kesihatan yang disediakan yang sudah berada pada tahap baik dan diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia.

Dr Krishnan juga berkata MMA mahu kerajaan menambah peruntukan kepada Kementerian kesihatan dalam belanjawan negara bagi membolehkan kementerian itu memperkukuhkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

MMA juga meminta kerajaan menyediakan gaji dan ganjaran yang lebih baik kepada doktor di sektor awam kerana ia dapat mengekalkan doktor berpengalaman dan berdedikasi dalam sektor awam. -- BERNAMA


Last changed: August 13, 1999