[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Selagi Tidak Di Buat, Selagi Itu Tidak Adil

Date: 13 Aug 1999
Time: 20:13:43
Remote User: -

Comments

Ulasan

Rakyat setuju dengan perkara ini. Selagi tidak dimasukkan para hakim selagi itu tidak adil.

Cuba lihat kes hina mahkamah Dr Chandra....

Hakim (Ariffin Jaka) yang sama akan mendengar kes itu. Mana ada adil?

============================================================================================================================== MAJLIS PEGUAM CADANG PERUNDANGAN PENGHINAAN LIPUTI HAKIM

MELAKA, 13 Ogos (Bernama) -- Majlis Peguam telah mengemukakan kepada kerajaan draf Akta Penghinaan Mahkamah 1999 dan memorandum mencadangkan perundangan penghinaan turut meliputi hakim.

Presidennya R.R Chelvarajah berkata anggota Majlis Peguam mahukan kepastian dalam undang-undang penghinaan dan terdapat keperluan bagi menyatakan dengan jelas standard bagi membuktikan sebarang tuduhan penghinaan sama ada dalam kes jenayah atau sivil, melampaui keraguan munasabah.

"Kami mahu undang-undang mengenai penghinaan dinyatakan dengan jelas dalam berbentuk bertulis agar semua pihak diliputi bagi memastikan penggunaan budi bicara kehakiman yang berlebihan tidak dimasukkan," katanya pada persidangan berita di sini.

Beliau berkata draf 34 muka surat mengenai cadangan undang-undang serta memorandum itu dikemukakan kepada pejabat Perdana Menteri di Putrajaya Jumaat lepas dan salinannya diserahkan secara peribadi kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Selasa.

Chelvarajah berkata anggota majlis itu bimbang ketiadaan ciri-ciri pengawasan berkaitan prosiding penghinaan mungkin mendatangkan kesan dalam pelaksanaan keadilan termasuk menafikan hak dan kebebasan bersuara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. -- BERNAMA


Last changed: August 13, 1999