[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Najib  Terlupa Apa Yang Dia Buat

Date: 13 Aug 1999
Time: 20:17:19
Remote User: -

Comments

Ulasan

Memang sedao bila kita bercakap PAS zalim tapi Najib sendiri lagi teruk. Guru-guru ini buat kerja salah kerana didesak oleh Si Al Kataki. Mereka telah membelakang kerajaan PAS yang dipilih rakyat.

Najib jangan anggap in kejam kerana dia sendiri akan letak guru-guru yang menentang kerajaan BN di pulau-pulau. Dia terlupa tapi rakyat tidak pernah lupa.

Wahai Najib, kamu lagi zalim.i

============================================================================================================================== SURAT TUNJUK SEBAB OLEH YIK SATU TINDAKAN KEJAM, KATA NAJIB

PEKAN, 13 Ogos (Bernama) -- Tindakan Yayasan Islam Kelantan (YIK) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada lapan anggota Jawatankuasa Persatuan Guru-guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Kelantan merupakan tindakan kejam dan tidak bertimbangrasa, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya kesemua anggota jawatankuasa itu datang menemui beliau pada 26 Julai lepas dengan niat yang ikhlas untuk mendapatkan perakuan kerajaan pusat demi kemajuan pendidikan anak-anak yang belajar di sekolah-sekolah di bawah YIK.

"Inilah kerajaan PAS...dia sebenarnya lebih zalim dan tidak bertimbangrasa daripada yang dia tuduh kita (kerajaan Barisan Nasional). Saya berpendapat tindakan itu keterlaluan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan klinik UPSR di SMK Sri Pekan di sini hari ini Beliau berkata kunjungan anggota jawatankuasa itu bukanlah untuk bersiar-siar atau dengan niat untuk meninggalkan kerja mereka.

Sebaliknya, mereka datang semata-mata untuk berjumpa dan berbincang untuk mencari jalan supaya masa depan mereka dan para pelajar itu sendiri terjamin, katanya.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Ibrahim Ali berkata kesemua guru agama itu menerima surat tunjuk sebab bertarikh 1 Ogos lepas yang ditandatangani oleh pengarah YIK Aziz Yusof kerana tidak hadir di sekolah bagi menjalankan tugas masing-masing pada tarikh mereka menemui Najib.

Semasa diminta mengulas mengenai pendedahan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor bahawa Anwar menyimpan berkotak-kotak dokumen kerajaan di luar negara, Najib berkata jika benar, tindakan itu bertentangan dengan prinsip seseorang yang dilantik menganggotai jemaah menteri.

"Sudah tentu sebagai jemaah Menteri, kita berdepan dengan pelbagai rahsia kerajaan. Jadi untuk mendedahkan rahsia kerajaan setelah kita tidak lagi menjadi anggota kerajaan adalah satu tindakan yang bertentangan dengan prinsip dan amalan kita berkhidmat dalam kerajaan," katanya.

Najib bagaimanapun berkata dakwaan Ezam itu perlu dipastikan kebenarannya dan jika benar dokumen itu dikumpulkan, ia membuktikan satu perancangan yang telah lama dibuat.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan pengakuan Ezam bahawa Anwar menyimpan berkotak-kotak dokumen kerajaan di luar negara kerana beranggapan tiada tempat yang benar-benar selamat untuk menyimpan segala dokumen berkenaan di negara ini. -- BERNAMA


Last changed: August 13, 1999