[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kau Ingat Si Kepala Taik Nak Beri?....

Date: 13 Aug 1999
Time: 20:18:24
Remote User: -

Comments

WANITA MCA MAHU LEBIH RAMAI WANITA JADI CALON

KUALA TERENGGANU, 13 Ogos (Bernama) -- Wanita MCA akan mencadangkan supaya lebih ramai wanita dari parti itu diberi peluang bertanding pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketuanya Datuk Dr Ng Yen Yen hari ini.

Beliau berkata wanita MCA mempunyai ramai anggota dalam barisan kepimpinnya yang mempunyai `kualiti calon' untuk diketengahkan bertanding pada pilihan raya umum nanti.

"Kami mencadangkan tambahan dua calon wanita untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan tambahan tiga bagi kerusi Dewan Undangan Negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota jawatankuasa Wanita MCA bahagian Kuala Terengganu di sini.

Beliau berkata pada masa ini terdapat tiga anggota Parlimen, masing-masing satu dari Pahang, Selangor dan Kedah, dan satu anggota Dewan Undangan Negeri wanita di Pulau Pinang, daripada parti itu.

Dr Ng berkata pergerakan itu akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan penubuhan jawatankuasa petugas bagi menangani isu berhubung wanita dan jawatankuasa petugas yang sama juga akan ditubuhkan di peringkat negeri untuk mengumpul semua isu berhubung wanita bagi tujuan menangani masalah itu.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mewujudkan penyelarasan dengan pergerakan Pemuda MCA dan jawatankuasa kerja parti dalam usaha menangani sebarang isu berkaitan wanita.

Mengenai program latihan kader anjuran pergerakan itu, Dr Ng berkata, ia bertujuan mendedahkan pemimpin akar umbi kepada kepimpinan organisasi dan pendedahan kepada anggota baru tentang perjuangan parti serta arah haluan Barisan Nasional.

Dr Ng juga menggesa Wanita MCA supaya bersatu bagi memantapkan kedudukan parti ke arah memastikan mereka dapat membantu kepada kemenangan cemerlang BN.

Beliau berkata pergerakan itu juga telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan keanggotaan wanita dalam MCA daripada 300,000 sekarang kepada 500,000 pada tahun 2000.

Program latihan kader itu diharapkan dapat mengeluarkan pemimpin Wanita yang berkualiti untuk menarik lebih ramai Wanita Cina menyertai parti itu, katanya.

Mengulas mengenai Pergerakan Wanita Umno, beliau gembira kerana pergerakan itu telah dapat mengatasi masalah dalaman dan sekali gus menyatupadukan anggota serta kepimpinan.

Beliau berkata, perpaduan dan kekuatan pergerakan Wanita Umno amat penting kerana ia dapat menjadi aspirasi dan menggerakkan perpaduan di kalangan pergerakan Wanita parti-parti komponen.

"Saya gembira dengan kematangan dan perpaduan yang ada di kalangan pemimpin Wanita Umno," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 13, 1999