[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

MCA dan Gerakan Tidak Setuju Pendapat Si Kepala Taik

Date: 13 Aug 1999
Time: 23:43:57
Remote User: -

Comments

Ulasan

Apa yang boleh kita lihat di sini adalah MCA dan Gerakan tidak bersetuju dengan pendapat Si Kepala Taik. Adakah ini boleh di anggap sebagai satu perbuatan ingkar?

Pandai-pandailah mereka tafsirkan.

Kesepakatan mereka dalam BN tidak se erat mana.

============================================================================================================================== SAMBUT BAIK KEMASUKAN SEMULA M'SIA DALAM INDEKS MSCI

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), anggota parti pemerintah Barisan Nasional, hari ini menyambut baik kemasukan semula Malaysia dalam Indeks Bebas Pasaran Sedang Muncul Morgan Stanley Capital International (MSCI) dan semua Indeks Negara/Timur Jauh (kecuali Jepun).

Keputusan MSCI itu meredakan kebimbangan terhadap aliran keluar dana secara besar-besaran apabila tempoh pegangan setahun bagi penghantaran semula dana spekulatif tamat pada September ini, kata naib presiden MCA dan pengerusi Biro Ekonomi Datuk Dr Fong Chan Onn.

Biro itu sering menekankan bahawa asas negara adalah kukuh dan ia menyifatkan keputusan MSCI tersebut sebagai satu pembuktian wajar terhadap kepercayaan tersebut, kata Fong.

Aliran masuk kumulatif bersih modal asing sejak Februari tahun ini apabila kerajaan memperkenalkan levi bagi penghantaran semula modal portfolio adalah positif dan angka itu mencecah RM4.56 bilion bulan lalu, kata Dr Fong.

Langkah kawalan modal berpilih yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak September tahun lalu telah membawa kestabilan kepada ekonomi, katanya, sambil menambah reformasi dan penyusunan semula sektor kewangan juga berjalan lancar mengikut jadual.

Naib Presdien Gerakan, Dr S. Vijayaratnam, berkata kemasukan semula ke dalam indeks MSCI it adalah satu bukti yang tidak perlu dipertikaikan lagi bahawa langkah pemulihan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan telah membuahkan hasil.

Apa yang lebih penting, pemulihan dapat dicapai dengan kesan sampingan yang minimum berbanding apa yang berlaku di beberapa negara Asia lain, katanya.

Vijayaratnam berkata kawalan pertukaran, melonggarkan kredit dan langkah ketat lain, yang dianggap sebagai di luar kebiasaan dan dipandang sinis oleh sesetengah pihak, telah memberi sumbangan besar dalam meningkatkan kedudukan kewangan negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemulihan ekonomi masih tidak lengkap dan rakyat haruslah membantu Kerajaan dengan mengamalkan sikap berjimat cermat dan berbelanja dengan berhemat seperti yang pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini.

Dengan demikian beliau menggesa rakyat memandang berat saranan Perdana Menteri agar tidak menukar haluan di pertengahan jalan ketika pilihan raya umum yang akan datang kerana proses pemulihan ekonomi dan pembinaan negara masih belum berakhir lagi. -- BERNAMA


Last changed: August 13, 1999