[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SI KEPALA TAIK MASIH MERABA-RABA

Date: 14 Aug 1999
Time: 00:08:24
Remote User: -

Comments

ULASAN

SI KEPALA TAIK SUDAH PENING. JANGAN CABAR DSAI KELUARKAN SEMUA DOKUMEN KERANA DUA KES YANG DIKELUARKAN KAMU MASIH BELUM JAWAB LAGI.

APAKAH KAMU KATA RAFIDAH TIDAK BERSALAH?

SI DIAM TIDAK BERSALAH?

SELESAIKAN ISU INI DULU BARU BOLEH CERITA KES LAIN.

"Kalau dia nak ambil, dia nak dedah, dia boleh dedahlah, kita tengoklah apa dia boleh buat," katanya ketika ditanya oleh pemberita pada persidangan berita pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Negeri Sembilan hari ini.

BODOH PUNYA JAWAPAN. RAKYAT JUGA MAHU TAHU, BAHALOL!!!! RAKYAT MAHU TAHU APAKAH ITU BENAR? RAKYAT MAHU TAHU...

"Kalau kita ambil tindakan, media asing akan kecam kita zalim, tidak demokratik dan sebagainya," katanya.

KALAU KAMU AMBIL TINDAKAN YANG BENAR, SIAPA KATA ITU ZALIM? KAMU YANG SALAHGUNAKAN OSA. KAMU MESTI TANGGUNGJAWAB INI SEMUA.

"Soalnya bilakah dia ambil berkotak-kotak surat yang hanya boleh disimpan di pejabat kerajaan. Saya berpendapat dia mengambil surat-surat ini enam kotak untuk diguna untuk politik peribadinya, dia mesti ambil semasa bertugas," katanya.

INI RAKYAT TIDAK MAHU TAHU. RAKYAT INGIN TAHU APAKAH YANG DIDAKWA TERHADAP RAFIDAH DAN DAIM ITU BENAR ATAU SALAH? ITU AJA. KALAU DSAI SALAH, KITA HUKUM DIA.

"Jadi kalau ada surat kepadanya, dia sudah ambil surat ini sudah lama, sudah kumpul surat ini dan ini bermakna dia sudah ada rancangan untuk menggunakan surat ini.

KAMU MASIH BERSELINDUNG. KAALU BENAR BERLAKU RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA, ORANG-ORANG ITU MESTI KITA DAKWA DAN HUKUM. INI SATU KONSPIRASI KAMU. APA ORANG UMNO FIKIR? APAKAH MEREKA PERCAYA KAMU BENAR SEMUA?

"Jadi kalau dia kata orang lain buat konspirasi terhadap dia, tetapi yang sebenarnya dia yang membuat konspirasi," katanya.

INI BUKAN KONSPIRASI. INI MAKLUMAT DAN BUKTI UNTUK DAKWA ORANG-ORANG KAMU ITU, KRONI KAMU ITU. RAKYAT TAHU APA YANG BENAR DAN APA YANG TIDAK BENAR.

Hakikatnya ialah Anwar memang mempunyai niat untuk menyalahguna surat-surat itu untuk mengugut beberapa orang tertentu, katanya. "Mungkin kalau dia tak digugurkan dan menjadi Perdana Menteri, surat itu boleh digunakan olehnya untuk memaksa orang-orang tertentu patuh kepadanya atau mereka akan didedahkan," katanya.

INI SATU MAINAN MINDA. KAMU JANGAN MENGARUT DAN CUBA ELAK ISU DAN KEBENARAN.

"Kita tahu dia yang merosakkan ekonomi negara dengan mencuba mengikuti arahan daripada IMF," katanya.

WAHAI KEPALA TAIK, DENGAR..DENGAR..DENGAR...KAMU SUDAH MELALUT. MASA SUDAH SAMPAI UNTUK KAMU UNDUR.

============================================================================================================================== ANWAR BOLEH DEDAH SEMUA DOKUMEN KERAJAAN YANG DIAMBILNYA

SEREMBAN, 13 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mendedahkan semua dokumen kerajaan yang diambilnya dan kerajaan akan melihat apa yang beliau boleh buat dengan dokumen itu.

Katanya kerajaan tahu Anwar menyembunyikan dokumen itu tetapi tidak tahu dokumen mana selagi beliau tidak mengeluar dan mendedahkannya.

"Kalau dia nak ambil, dia nak dedah, dia boleh dedahlah, kita tengoklah apa dia boleh buat," katanya ketika ditanya oleh pemberita pada persidangan berita pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Negeri Sembilan hari ini.

Ketika diminta mengulas laporan akhbar mengenai pengakuan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor bahawa dokumen kerajaan berjumlah sekurang-kurangnya enam kotak kini disimpan di luar negara, Dr Mahathir berkata beliau percaya Anwar akan meminta sokongan media asing dan orang asing jika kerajaan mengambil tindakan terhadapnya mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Kalau kita ambil tindakan, media asing akan kecam kita zalim, tidak demokratik dan sebagainya," katanya.

Dr Mahathir tidak fikir pendedahan dokumen itu akan menjejaskan peluang Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang kerana rakyat tidak akan memilih orang yang menipu kerajaan semasa berada dalam kerajaan.

"Soalnya bilakah dia ambil berkotak-kotak surat yang hanya boleh disimpan di pejabat kerajaan. Saya berpendapat dia mengambil surat-surat ini enam kotak untuk diguna untuk politik peribadinya, dia mesti ambil semasa bertugas," katanya.

Perdana Menteri berkata, apabila Anwar disingkirkan daripada kerajaan dan parti, pihak polis tidak membenarkan dia masuk ke pejabatnya melainkan dengan diiringi polis dan dia cuma boleh ambil barang peribadi sahaja dan tidak sama sekali boleh mengambil sebarang surat.

"Jadi kalau ada surat kepadanya, dia sudah ambil surat ini sudah lama, sudah kumpul surat ini dan ini bermakna dia sudah ada rancangan untuk menggunakan surat ini.

"Jadi kalau dia kata orang lain buat konspirasi terhadap dia, tetapi yang sebenarnya dia yang membuat konspirasi," katanya.

Hakikatnya ialah Anwar memang mempunyai niat untuk menyalahguna surat-surat itu untuk mengugut beberapa orang tertentu, katanya. "Mungkin kalau dia tak digugurkan dan menjadi Perdana Menteri, surat itu boleh digunakan olehnya untuk memaksa orang-orang tertentu patuh kepadanya atau mereka akan didedahkan," katanya.

Dr Mahathir berkata media asing sangat memuji Anwar sedangkan dia tak tahu sedikitpun berkenaan dengan kewangan dan merosakkan ekonomi negara.

Walaupun Anwar bukan agen asing tetapi dia bersimpati dengan orang asing dan mereka menganggap beliau lebih layak menjadi Perdana Menteri di negara ini.

"Kita tahu dia yang merosakkan ekonomi negara dengan mencuba mengikuti arahan daripada IMF," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 14, 1999