[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Satu Cadangan Yang Baik...tapi Si Kepala Taik nak izinkah?

Date: 14 Aug 1999
Time: 00:09:32
Remote User: -

Comments

NGO MINTA PENDAFTARAN UMUM PILIHAN RAYA SECARA MENYELURUH

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pendaftaran umum pemilih secara menyeluruh bagi semua pemilih berkelayakan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Pertubuhan Kebajikan Budi Malaysia (Budi) membuat gesaan itu berikutan dakwaan orang ramai mengenai percanggahan dan ketidakpatuhan peraturan dalam Senarai Pemilih 1998 yang diwartakan pada 7 Jan lepas.

"Kali terakhir pendaftaran umum dilakukan ialah pada 1958 dan senarai pemilih kini sudah lapuk serta patut dikemaskinikan," kata Presiden Budi, Kamar Ainiah Kamaruzaman kepada pemberita selepas menyerahkan petisyen berhubung perkara itu kepada Setiausaha SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, di sini, hari ini.

Beliau mendakwa walaupun pendaftaran pemilih diadakan tiap-tiap tahun tetapi senarai pemilih termasuk yang telah meninggal dunia dan berpindah tidak dikemas kini menyebabkan senarai yang ada sekarang tidak tepat.

Kamar Ainiah berkata petisyen itu juga mencadangkan pendaftaran umum pilihan raya diadakan setiap 10 tahun sekali manakala anggota berunifom seperti tentera dan polis boleh mengundi di tempat-tempat tertentu seperti pengundi lain.

Katanya sistem undi pos sekarang sudah ketinggalan di zaman yang serba canggih ini dan ia sesuai pada rakyat Malaysia yang bertugas di luar negara sahaja.

Beliau berkata Budi juga telah melancarkan kempen mendapatkan tandatangan sejak 19 Jun lalu untuk menyokong petisyen itu. -- BERNAMA


Last changed: August 14, 1999