[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kenyataan Serupa Ini Akan Keluar Lagi Banyak..entah ia entah tidak!

Date: 14 Aug 1999
Time: 00:28:42
Remote User: -

Comments

73,000 ahli PBPM sokong kerajaan

JERTIH 13 Ogos - Seramai 73,000 anggota Persatuan Bekas-Bekas Anggota Polis Malaysia (PBPM) berdiri teguh di belakang kerajaan dan akan memastikan kerajaan sekarang terus kekal memerintah negara pada masa akan datang.

Timbalan presidennya, Shaikh Tahir Muhammad berkata sokongan yang diberikan persatuan itu terhadap kerajaan adalah sesuai dengan perlembagaan fasal lima persatuan yang menetapkan semua anggotanya supaya menyokong kerajaan.

"Buat masa ini tiada sebarang laporan yang diterima menunjukkan ada anggota persatuan yang menentang kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung perwakilan Persatuan Bekas-Bekas Polis Malaysia bahagian negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, PBPM berjanji akan mengambil tindakan tatatertib sekiranya terdapat ada anggota mereka yang menentang kerajaan kerana ia bertentangan dengan peraturan dan undang-undang persatuan. - Bernama.


Last changed: August 14, 1999