[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Lain Macam Aja Nama Parti Ini

Date: 14 Aug 1999
Time: 02:01:41
Remote User: -

Comments

Ulasan

Perkara serupa ini satu mainan di Sabah. Parti yang rakyat tolak mereka mahu sokong. Ini bererti mereka tolak rakyat. Kononnya mereka kalah kerana nama PDS hampir sama dengan PBS.

Kalau nak tukar nama pun biarlah elok. Ini bunyi lain macam aja.

Agaknya dia juga mahu mencarut.

============================================================================================================================== BEKAS TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH SERTAI UPKO

KOTA KINABALU, 14 Ogos (Bernama) -- Bekas timbalan ketua menteri semasa pemerintahaan Berjaya dahulu, Tan Sri Suffian Koroh telah menyertai Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), sebuah komponen Barisan Nasional (BN), yang diketuai oleh Tan Sri Bernard Dompok, demikian menurut laporan akhbar hari ini.

Akhbar "The New Sabah Times" memetik beliau sebagai berkata keputusannya untuk menyertai UPKO, yang dahulunya dikenali sebagai Parti Demokratik Sabah (PDS), kerana beliau sedar pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak akan kembali berkuasa.

"Apakah faedah menyokong parti seumpama itu?" tanya Suffian yang dahulunya penyokong kuat PBS.

Menyifatkan UPKO sebagai parti untuk masyarakat Kadazandusun dan Murut, beliau juga berkata ramai penduduk pedalaman, yang sebelum ini menyokong PBS, akan menerima UPKO sebagai wadah perjuangan politik jangka panjang.

"Matlamat kita adalah pembangunan masyarakat .. itu sahaja," katanya.

PDS dengan rasmi menukar namanya kepada UPKO pada 8 Ogos lepas berikutan pindaan kepada perlembagaan parti, yang diluluskan oleh perwakilan parti pada kongres kelima di sini baru-baru ini. -- BERNAMA


Last changed: August 14, 1999