[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Rakyat Lagi Serius

Date: 15 Aug 1999
Time: 23:35:54
Remote User: -

Comments

Ulasan

Sambil menafikan bahawa mereka pening kepala, sebenarnya kerajaan BN tidak serius sebab dua kes yang dikemukakan DSAI, kerajaan BN buat tak reti.

Ini rakyat pandang serius.

Pada rakyat semua pihak termasuk DSAI harus menjawab kepada rakyat.

Rakyat adalah berkuasa di negara ini.

Setakat ini rakyat lihat kerajaan BN tidak serius oleh itu mereka wajar dihukum.

============================================================================================================================== DOKUMEN KERAJAAN DI LUAR NEGARA PERLU TINDAKAN TEGAS

KUANTAN, 15 Ogos (Bernama) -- Menyimpan dokumen sulit kerajaan di luar negara adalah perbuatan tidak bertanggungjawab, kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman.

"Siasatan mesti dijalankan untuk mendapatkan maklumat lanjut kerana setakat ini maklumat yang diperolehi hanya melalui laporan akhbar," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat Wanita Umno Bahagian Paya Besar di sini hari ini.

Zaharah, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengulas kenyataan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Mohamad Ezam Mohamad Nor yang menyatakan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan dokumen kerajaan di luar negara.

"Perkara itu serius dan tidak boleh diambil ringan," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 15, 1999