[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Rafidah Jangan Tunjuk Alim

Date: 15 Aug 1999
Time: 23:40:39
Remote User: -

Comments

Ulasan

Rakyat meluat melihat perangai si ketul becok nih. Apa tidaknya cakap aja pandai tapi kaki rasuah.

Nasib baik Si Kepala Taik lindung dia. Tapi kita nak ingatkan Rafidah bahawa Si Kepala Taik juga akan buka perkara ini bila masa sesuai sampai. Ketika itu nanti tahulah kamu langit ini tinggi atau rendah.

============================================================================================================================== KSN DIMINTA SIASAT KEBENARAN PEGAWAI K'JAAN TERLIBAT CURI DOKUMEN SULIT

KAJANG, 15 Ogos (Bernama) -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz hari ini meminta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Abdul Halim Ali menyiasat sama ada benar pegawai kerajaan terlibat dalam mencuri dokumen sulit kerajaan yang kini didakwa disimpan di luar negara.

"Saya tidak mahu Ezam (ketua pemuda Keadilan Mohamed Ezam Nor) pula menuduh sebelah kerajaan (bagi) mengelak salah dia atau salah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, atau orang lain ...kerana orang kerajaan tahu akan OSA (Akta Rahsia Rasmi) dan mereka tidak akan berbuat demikian.

"Kita belum ada tradisi dalam Malaysia yang kita tahu pegawai kerajaan pecahkan rahsia kerajaan," katanya selepas merasmikan Hari Keluarga kementerian berkenaan di sini.

Rafidah mengulas kenyataan Ezam baru-baru ini yang mengakui bekas timbalan perdana menteri Anwar menyimpan dokumen kerajaan di luar negara.

Beliau berkata walaupun belum diketahui sejauh mana pegawai kerajaan terlibat dalam mencuri dokumen-dokumen yang disebutkan itu, namun dakwaan itu boleh mencemarkan nama baik perkhidmatan awam negara yang selama ini amat dibanggakan serta mempunyai rekod cemerlang berbanding banyak negara lain.

Rafidah berkata dokumen rahsia itu walau membabitkan sesiapa sekalipun, tidak wajar dibawa ke luar negara kerana jika jatuh pada orang asing, ia boleh membahayakan.

"Apa faedahnya disimpan luar negara. Kalaulah ada rahsia-rahsia yang menjejaskan kepentingan negara, tak kira rahsia peribadi yang tak wajar diketahui orang maka, kita letakkan semua tanggungjawab ini kepada orang yang berkenaan.

"Kerana kalau ada orang luar yang dapat mencuri dan membaca dokumen ini dan terserempak dengan rahsia yang harus menjadi rahsia orang Malaysia sendiri, tak kira siapa, dan tentulah beban pengkhianatan ini wajar diletakkan pada bahu orang seperti Ezam, Anwar dan rakan-rakannya. Ini sangat-sangat memalukan kepada orang yang dahulunya kita anggap sebagai pemimpin," katanya.

Saya terkejut bahawa ada rakyat kita yang sanggup mengkhianati negara sendiri dengan membawa keluar rahsia kerajaan dan ini sangat jelas menunjukkan bagaimana cara kepimpinan Anwar sekiranya beliau menerajui negara ini, kata Rafidah. -- BERNAMA


Last changed: August 15, 1999