[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

MBM Jadi Alat

Date: 15 Aug 1999
Time: 23:44:26
Remote User: -

Comments

Ulasan

Inilah masalah dengan MBM. Sepatutnya dia sarankan supaya remaja tahu menilai maklumat di Internet dengan bimbingan yang sewajarnya. Sebaliknya dia sarankan perkara yang bukan-bukan.

Sebenarnya MBM tidak tahu apa itu siber. Ini yang menjadiu masalah.

MBM terus menjadi alat BN disebabkan Presidennya mahu jadi calon.

============================================================================================================================== MBM SARAN LANGKAH KESELAMATAN REMAJA GUNA INTERNET

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini menasihatkan remaja supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang disalurkan menerusi Internet.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bandar MBM Encik Norizan Sharif berkata golongan itu juga perlu mengelak mengadakan pertemuan dengan kenalan yang baru ditemui melalui Internet tanpa pengawasan ibu bapa dan tidak melayani mesej berunsur gangguan, ancaman atau lucah.

"Memandangkan Internet adalah media yang membolehkan penggunanya menyamar dan menipu identiti, ini secara langsung mendedahkan remaja Malaysia kepada jenayah yang tidak diduga.

"Rasa ingin tahu dan ingin mencuba yang ada pada jiwa remaja memudahkan mereka terperangkap dengan maklumat palsu yang dihantar melalui Internet," katanya dalam satu kenyataan di sini.

MBM menyarankan golongan itu supaya tidak memberikan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor telefon, alamat rumah dan sekolah, nombor kad kredit atau salinan wajah kepada orang tidak dikenali.

Norizan berkata ibu bapa juga harus belajar dan mampu menggunakan Internet bagi membantu anak mereka menggunakannya secara bermanfaat serta menjadikan pelayaran Internet sebagai aktiviti keluarga.

Menurutnya pengawasan penggunaan Internet oleh anak-anak juga boleh dibuat jika komputer diletakkan di ruang tamu dan bukannya di bilik tidur atau sudut tersorok di rumah. -- BERNAMA


Last changed: August 15, 1999