[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Soalan Ini Terjawab Dua Minggu Lagi.

Date: 16 Aug 1999
Time: 00:07:07
Remote User: -

Comments

Ulasan

Samada kita boleh kekal dalam keadaan ekonomi sekarang hanya akan terjawab pada 1 September nanti. Kita sedang berbincang mengenai ekonomi secara global. Sekiranya Malaysia masih berdegil dengan cara Si Kepala Taik yang penuh kontroversi ini maka masa sahaja yang menentukan.

Rakyat harus bersedia untuk menjadi miskin.

============================================================================================================================== PENARIKAN MODAL ASING TIDAK JEJAS EKONOMI MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ekonomi negara cukup kuat bagi menghadapi cabaran yang mungkin terbit berikutan penarikan keluar modal asing dari negara ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Kerk Choo Ting hari ini.

Beliau berkata modal asing jangka pendek terutama dalam dagangan matawang dan pelaburan bursa saham adalah kecil daripada modal jangka panjang dalam Pelaburan Asing Secara Langsung.

"Kita telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan seperti ini. Jika ini berlaku, kita masih mempunyai rizab dalam pertukaran asing, kata beliau selepas menyerahkan cek berjumlah RM175,000 kepada 52 pelajar di bawah Program Pinjaman Pengajian Tinggi Gerakan di sini.

Kerk mengulas spekulasi bahawa pelabur asing akan membawa keluar berikutan penarikan balik moratorium bagi membawa pulang keuntungan oleh pengurus dana asing mulai 1 Sept.

Kerk berkata pelabur asing kekal sebagai pelabur utama di negara ini dengan Amerika Syarikat sebagai pelabur terbesar diikuti oleh Jepun dan Taiwan.

Kerk juga berkata beliau tidak nampak sebab Indeks Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) akan menurun di bawah 200 mata kerana pelbagai sektor di negara ini seperti pertanian, industri dan petrokimia masih kukuh.

"Tidak ada sebab indeks itu akan turun ke paras di bawah 200 mata," kata liau.

Mengenai politik, Kerk yang juga timbalan presiden Parti Gerakan berkata kerajaan harus mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit dalam perbuatan mencuri dokumen rahsia rasmi yang kini diktakan disimpan di luar negara.

"Saya berpendapat perkara itu serius dan kerajaan harus mengambil tindakan," kata beliau. -- BERNAMA


Last changed: August 16, 1999