[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pemuda UMNO Bodoh

Date: 16 Aug 1999
Time: 01:36:34
Remote User: -

Comments

Ulasan

Tindakan Pemuda UMNO ini bukan sahaja bodoh dan membuang masa tapi menunjukkan sikap kepimpinan Si Pondan itu yang sememangnya tidak tahu apa bezanya antara rasuah dan khianat.

Kita kata sedemikian kerana sehingga kini Pemuda UMNO diam membisu dalam kes Rafidah dan Diam. Ini bukti kukuh bahawa sebenarnya mereka tidak serius dalam membanteras gejala rasuah dan salahguna kuasa yang berleluasa dalam BN sebab mereka sendiri serupa.

Kita anggap ini tidak lebih daripada satu gimik politik.

============================================================================================================================== Pengakuan Ezam: Pemuda UMNO buat laporan polis

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis berhubung pengakuan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Mohamad Ezam Mohd. Nor, bahawa pihaknya menyimpan berkotak-kotak dokumen rasmi kerajaan di luar negara.

Laporan itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO merangkap Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN), Zulkifli Mohd. Alwi, di Balai Polis Brickfields di sini pada pukul 12.30 tengah hari.

Beliau turut diiringi oleh kira-kira 15 ahli parti komponen BN.

Zulkifli semasa ditemui berkata, pengakuan Ezam yang disiarkan dalam akhbar kelmarin dan hari ini harus disiasat segera bagi memastikan keselamatan negara tidak terjejas dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Antara petikan pengakuan Ezam yang disiarkan di akhbar kelmarin ialah: ''Memang betul kita simpan dokumen (kerajaan) di luar negara. Dan saya hendak beritahu bukan sedikit tetapi banyak, berkotak-kotak... lima enam kotak dokumen kita simpan di luar negara.

''Kenapa kita simpan di luar negara ... kerana di dalam negara sudah tidak selamat. Kita bukan bodoh hendak simpan di dalam negara.''

Pengakuan Ezam yang disiarkan dalam akhbar hari ini pula: ''Saya nak beritahu, kalau nak dakwa bukan saya seorang, bukan Anwar Ibrahim seorang. Jangan ingat Anwar Ibrahim seorang terlibat.

''Sejak dia dipecat, puluhan pegawai tinggi kerajaan yang memberi pada kita dokumen-dokumen tersebut. Bukan kita ambil, tetapi mereka beri.''

Zulkifli memberitahu, pendedahan Ezam itu boleh mengganggu-gugat keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.

Pendedahan itu juga, katanya, boleh disifatkan sebagai pengkhianatan yang serius terhadap kerajaan dan secara tidak langsung telah melanggar undang-undang negara, khususnya Akta Rahsia Rasmi 1972.

Oleh itu, menurutnya, pihak berkuasa harus mengenakan tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit mengkhianati negara.

''Saya mendesak agar siasatan terperinci dijalankan dengan segera bagi membendung dokumen rasmi tersebut daripada jatuh ke tangan musuh negara dan seterusnya mengancam keselamatan negara,'' ujar Zulkifli.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supriten dan Mohd. Kuzi Minai, semasa mengesahkan menerima laporan iut berkata, pihaknya akan meneliti aduan tersebut sebelum memutuskan untuk menyiasatnya di bawah mana-mana seksyen yang sesuai.

Dalam perkembangan berkaitan, Pemangku Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein, ketika mengulas laporan yang dibuat oleh pergerakan itu berkata, tindakan sekeras-kerasnya perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab menyimpan dokumen rahsia negara di luar negara.

''Jika dakwaan Ezam itu benar, saya mengharapkan mereka yang terlibat dihadapkan ke mahkamah kerana ia membabitkan soal keselamatan negara, bukan lagi soal individu dan jawatan,'' katanya.

Menurut beliau, jika tindakan tegas tidak diambil, ia mungkin akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap keselamatan negara yang tentunya bakal membawa masalah lebih besar lagi.


Last changed: August 16, 1999