[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Ahmad Zaki Patut Letak Jawatan

Date: 16 Aug 1999
Time: 01:43:01
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kalau inilah kata-kata Ketua Pengarah BPR memanglah dia sudah tidak berwibawa lagi. Dia telah diperalatkan oleh BN. Begitu juga Jabatan Peguam Negara yang sudah sah tunduk pada Si Kepala Taik dengan dakwaan terpilihnya. Dia patut letak jawatan.

Apa pilihan rakyat?

Kita wajib dan mesti tukar kerajaan dan kita bongkarkan segala kepincangan yang sedia wujud dalam kerajaan BN yang dibukti terlibat dalam rasuah.

Itu saja pilihan rakyat.

============================================================================================================================== Hanya Jabatan Peguam Negara berhak terima dokumen BPR

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Dokumen penyiasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak boleh diserahkan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Zaki Husin berkata, dokumen tersebut hanya boleh diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara yang bertindak sebagai pendakwaraya.

Oleh itu, menurutnya, beliau tidak mengetahui bagaimana isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Mohamad Ezam Mohd. Nor, mendakwa memiliki dokumen tersebut yang diserahkan oleh BPR.

''Dari segi undang-undang kita (BPR) tidak boleh memberi sebarang dokumen penyiasatan kepada mana-mana pihak sekalipun menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri,'' tegasnya.

Beliau memberitahu, adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa sahaja melihat dan memiliki dokumen penyiasatan tersebut.

''Seperti Anwar, kalau ada pegawai BPR yang memberi dokumen tersebut kepadanya, beliau tidak sepatutnya melihat dan menyimpannya.

''Tindakan Anwar melihat dan menyimpannya boleh menyebabkan dia didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA),'' jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas dakwaan Dr. Wan Azizah dan Ezam bahawa Anwar memiliki dokumen-dokumen siasatan yang diserahkan oleh BPR.

Dr. Wan Azizah semasa di Kuching berkata, kebanyakan dokumen yang disimpan oleh suaminya adalah dokumen yang diserahkan oleh BPR.

Beliau mengaku semua dokumen yang disembunyikan sekarang diperoleh oleh Anwar semasa beliau masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ezam juga mendakwa, antara dokumen-dokumen yang disimpan di luar negara adalah laporan siasatan rasuah yang diserahkan oleh badan itu.

Selain itu Ezam mendakwa, Keadilan turut memperoleh dokumen laporan polis dan kertas pertuduhan Jabatan Peguam Negara yang dikeluarkan pada 1995 terhadap beberapa menteri kabinet.

''Setahu saya, kita tidak menyerahkan mana-mana dokumen penyiasatan kepada Anwar, Ezam ataupun sesiapa sahaja,'' ujar Ahmad Zaki.

Sehubungan itu, menurutnya, beliau menyerahkan perkara itu untuk siasatan polis.

Bagi BPR, beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan sekiranya mempunyai maklumat terdapat pegawainya yang terlibat menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak yang tidak berkenaan.

''Kalau kita tahu dokumen mana dan jenis apa yang dimiliki oleh mereka, kita mungkin boleh siasat dari mana mereka memperolehnya,'' kata Ahmad Zaki.


Last changed: August 16, 1999