[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Penyangak BBMB

Date: 16 Aug 1999
Time: 03:02:37
Remote User: -

Comments

Letter From A Bank Bumiputera Employee To The Top Management Of The Bank Link To The Full List Of BBMB's Bad Loans & Advances

“STRICTLY CONFIDENTIAL” (Edaran dalaman BBMB Sahaja)

Tarikh : 7hb. Julai, 1999

Y.Bhg. Tan Sri Dato Dr. Abdul Khalid Bin Sahan Y.Bhg. Dato-Dato, Tuan-tuan Ahli Lembaga Pengarah BBMB Y.Bhg. Dato Abdul Aziz Bin Hj. Othman Y.Bhg. Dato Halim Bin Muhamat YB En. Abdul Malek Bin Abdul Majid YB Ketua Audit Dalaman YB Pengurus Besar CCO YB Pengurus Besar BOD YB Pengurus Kawasan Johor YB Pengurus BBMB Pontian Y.Bhg. dan Sejahtera semua Kakitangan BBMB

Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) diperbadankan pada 1hb. Oktober, 1965 hasil Kongres Ekonomi Bumiputera. Pada Januari 1966 sesuai dengan ordinan untuk mengendalikan perniagaan perbankan lalu mula beroperasi pada Februari 1966 dengan modal yang dibenarkan sebanyak RM20 juta dan modal berbayar sebanyak RM5,000,007-00.

BBMB terus berkembang tanpa menoleh kebelakang lagi dengan matlamat untuk membantu mengimbangi kedudukan ekonomi kaum Bumiputera dengan cara menyediakan peruntukan pinjaman dan kemudahan bank kepada masyarakat Bumiputera.

Sejak itu kaum Bumiputera sudah mula pandai berhutang sehinggalah hari ini. Begitulah hebatnya evolusi hasil kesan penubuhan BBMB. Minum secawan kopi dekat warung pun hendak berhutang. Pasal sudah asyik berhutang dan menjadi kebiasaan / amalan sehingga ada yang tidak pandai hendak bayar hutangnya maka tertubuhlah Danaharta dan maka hampir berkuburlah BBMB adanya.

Dalam Tahun 1981 BBMB mula menghadapi masalah dengan tercetusnya kes BMF secara kebetulan seretak dengan mulanya pembinaan Jambatan Pulau Pinang. Paling secara kebetulan adalah Malaysia dapat PM baharu tahun itu.

Sejak dari itu BBMB susah herndak pulih berbagai-bagai penyakit timbul dan akhitnya pada 17hb. September, 1998 selepas DSAI dipecat dan Gabenor BNM lalu meletakkan jawatan maka telah disahkan BBMB memerlukan pemindahan hati maka pada bulan Februari, 1999 pemindahan hati pun dibuat.

Penyakit Kronik yang dihadapi oleh BBMB adalah dipercayai dan dikenali dengan nama saintifiknya PM’s Crony Encephalitis. Penyakit ini dibawa oleh sejenis virus yang disahkan oleh pakar WHO (World Hutang Organisation) sebagai Virus Hutang. Ejen pembawanya dikenalpasti sebagai Nyamuk Kroni/Nepo. Tempat dia suka membiak adalah di Bank-Bank khususnya di Bank Bumiputra Malaysia Berhad. Telah menjadi habitat semulajadinya dia suka keluar tidak kira masa.

Dipercayai tanda-tanda awal penyakit ini menular dan berleluasa ialah :-

(1) Pindaan Act 519 Central Bank of Malaysia Act 1958 pada Tahun 1994, (2) Pindaan Act 372 Bank and Financial Institution Act 1989 (BAFIA 1989) pada Tahun 1996, (3) Tertubuhnya Danaharta, Danamodal, CDRC (4) Kos sara hidup bertambah akibat semuanya perlu dibayar (5) Pergabungan Bank-bank (6) Syarikat korporat mula hendak masuk Tabung Haji (7) KWSP terpaksa digunakan untuk membantu (8) PETRONAS pun kena juga (9) Tol pun naik (10) Instant Jutawan pun timbul (11) Instant Hutangwan pun timbul

Maka benarlah kata-kata PM kita Dato’ Seri Mahathir Mohamad bahawa rakyat Malaysia khasnya kaum Bumiputera memang dari jenis yang tidak mengenang budi.

Ibarat peribahasa “Seperti melepaskan anjing tersepit” BBMB yang satu masa dahulu membantu menaikkan mereka kini ingin digigitnya pula. Sudahlah hutang tidak mahu bayar nak diambilalihnya pula BBMB tanpa cuba dibela oleh sesiapa.

BBMB ditubuhkan dengan tanggungan berhad secara tidak langsung dari hasil titik peluh rakyat yang membayar cukai ianya sebenarnya bukan milik Pemerintah dari BN tetapi milik Kerajaan Malaysia iaitu milik rakyat. Kalau untung BBMB, keuntungan itu milik perbendaharaan Negara dan disalurkan untuk memajukan rakyat Malaysia tapi kalau rugi yang menyebabkannya jelas individu tertentu dikenalpasti sebagai Kroni. Kini BBMB secara tidak langsung makal menjadi milik individu tertentu yang rakus dan tamak.

30% pegangan Kerajaan melalui Khazanah & MOF ke atas CAHB (syarikat induk Bumiputra Comerce Bank Berhad) nanti tidak menjanjikan apa-apa. Kerajaan akan kehilangan suara dalam membuat apa-apa keputusan memandangkan 70% lagi milik individu tertentu.

Kenapa perlu bergabung sedangkan Tan Sri Rashid Hussain & Tan Sri Dato Azman Hashim dua tokoh perbankan masing-masing memiliki RHB Bank dan Arab-Malaysian Bank dibiarkan menjalankan aktiviti perbankan tanpa disuruh bergabung. Malah RHB begitu handal dengan megah sekali membeli Bank sana-sini tapi masih berhutang dengan BBMB malah Tan Sri Dato Azman Hashim hutangnya tidak berbayar “turned sour” dan diambilalih oleh Danaharta samada hutang syarikatnya atau hutang peribadinya. Tan Sri Halim Saad tokoh Renong, UEM dan PLUS yang memiliki beberapa peratus saham dalam CAHB boleh tersenyum lebar kerana secara tidak langsung dapat memiliki BBMB tangan yang pernah mengampunya / menjulangnya naik ke atas walaupun hutang syarikatnya dengan BBMB tidak berbayar dan diambilalih oleh Danaharta. Kini timbul cerita baru Tan Sri Halim Saad melalui UEM begitu angkuh, gah sekali tanpa perasaan segan silu dengan rakyat khususnya kakitangan BBMB, ada hati nak ambil saham CLOB sedangkan hutang dengan BBMB tidak berbayar.

Danaharta ditubuhkan untuk apa?……selamatkan Kroni dari tindakan Undang-undang? atau memberi ruang untuk Institusi Kewangan khasnya BBMB menjalankan aktiviti seperti biasa tanpa menumpukan masa mengejar hutang NPL kroni?

Cara bagaimana Danaharta membayar BBMB semasa mengambilalih hutang NPL? Pakai Bon yang hanya matang untuk beberapa tahun lagi kah?…… Kalau benar begitu, maka Bon masih belum matang BBMB dah jadi milik beberap Kroni dan cerita hutang Kroni sepi begitu sahaja. Danaharta pula mendapat fund dari mana? Jual Bon yang dijamin Kerajaan ataupun dijamin individu Pemerintah dari BN sendiri? Kalau Kerajaan yang jamin bererti rakyat yang jamin? Sebenarnya Bon itu hanyalah satu jaminan (jaminan hutang). Danahata jual jaminan untuk mendapat pinjaman hutang dari lain-lain pihak mahupun diluar negara dan digunakan untuk selamatkan kroni.

Pendapat saya rumusannya, Saham beberapa syarikat diagihkan kepada Kroni oleh Kerajaan pimpinan BN, lepas itu syarikat diberikan tender kerja oleh Kerajaan. Bila tidak ada modal buat pinjaman/hutang dengan BBMB milik Kerajaan (milik rakyat) bila tidak boleh bayar…Kerajaan pimpinan BN melalui Danaharta ambil alih (menggunakan bon) menjanjikan rakyat memikul hutang. Semuanya rakyat yang terkena akhirnya. Contohnya, Halim Saad melalui UEM tidak bayar hutang dari BBMB (milik rakyat) tapi pada masa yang sama rakyat terpaksa membayar Tol yang naik. Pemimpin BN mungkin tak kena tol (VIP) dan berjalan pun ada pengawal pengiring tiada siapa hendak tahan. Duit kutipan tol beberapa ratus ribu satu hari itu pergi mana?

Pada pendapat saya amat jelek, jijik sekali sikap Pemerintah yang begini Bank-bank / Institusi kewangan disuruh bergabung untuk ditinggalkan sikit jumlahnya supaya kukuh dan mantap (kononnya) sedangkan pada masa yang sama bank-bank yang bakal tinggal amat dipercayai dimiliki oleh individu-individu Kroni tertentu.

Pada pendapat saya sekalipun mengikut Section 46. Maximum permissible holdings BAFIA 1989 bahawa individu tidak boleh memiliki lebih 10% saham dalam institusi kewangan namun kalau dah kroni maka kroni juga! Mungkin boleh cari nama penama sahaja dan Menteri Kewangan atas nasihat / recommendation BNM masih boleh membenarkannya. Ynag buat undang-undang Malaysia adalah manusia (yang pegangn tampuk kuasa), yang buat tidak betul kroninya…kroni pun berlagak dah macam pemerintah juga ikut suka, tiada siapa boleh menghalang.

Kita tidak nafikan syarikat kroni memberkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, soal mengambil tindakan undang-undang ke atas individu kroni atau syarikatnya sebenarnya tiada masalah……antara mahu atau tidak mahu sahaja.

Syarikat/Harta syarikat boleh dijual/ambilalih oleh orang lain tanpa menjejaskan pekerja-pekerjanya atau Kerajaan Malaysia boleh ambil semula syarikat yang satu masa dahulu memang Jabatan milik kerajaan atau boleh dijadikan satu Jabatan Kerajaan……bukankah “Malaysia Boleh”?! UEM & PLUS pun selama ini sudah banyak membuat/ambil kerja JKR. Soal individu Kroni nak bankrap ke! itu dia punya pasal. Oleh itu, jelas pada pendapat saya yang bangang ini bahawa Danaharta ditubuhkan memang bertujuan selamatkan Kroni. Saya percaya kalau ekonomi tidak gawat pun Kroni-kroni pun begitu juga tidak dapat bayar hutang BBMB. Gawat tidak gawat sama aje! dia orang ni.

Yang pelik itu apa ke jadahnya hutang personal Shahidan Kassim (MB Perlis), Tan Sri Tajudin Ramli, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Dato Tan Chee Yioun (Vincent Tan), Ahmad Zuhdi Bin Zahri, Dato’ Amin Shah Bin Haji Omar Shah, Azman Bin Sutan Aman, Zaitoon Dato Othman Lee Chiong Woo, Jaafar Bin Ahmad, Dato Mohd. Ramli Kushairi & family, Ramlah Sulaiman, Dato Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mohd Kamil & Wan Faezah, Pau Ngie Ai dalam jumlah yang begitu besar Danaharta ambil? Yang paling Pelik Ajaib dan Hairan ialah hutang si Sanusi Junid (MB Kedah) & Tan Sri Datuk Amar Ling Beng Siew,,, status hutangnya “current” tapi Danaharta ambil? Selamatkan Kroni?! Saya percaya dan anggap yang ini sudah salah guna kedudukan, sudah macam jenayah kolar putih. Danaharta tidak telus walaupun kononnya diwakili oleh suruhanjaya bebas…… Main silap mata ke?

Tidak dinafikan kalau mengikut BAFIA 1989 BNM boleh berikan kebenaran untuk Board meluluskan pinjaman walaupun exceed percentage yang ditetapkan dari “Capital Funds”. Walaubagaimanapun, mengikut normal practice yang BBMB beri ialah tidak lebih total RM5.0 (Lima) Million untuk pinjaman satu-satu individu…… Kalau tidak silap, ini pernah menjadi satu arah-panduan satu masa dahulu dan yang memberikan arahan pun tuan-tuan sekalian di atas. Oleh yang demikian janganlah ada sikap macamana peribahasa “seperti Ketam mengajar anak berjalan lurus”.

Saya percaya BNM pun tidak ada hak sesuka hati memberikan kebenaran kepada BBMB meluluskan pinjaman Besar kepada individu tertentu. Kalau dalam jumlah yang begitu besar jutanya (luar biasa) kepada individu (perseorangan) tertentu sudah macam recommend namanya dan nampak macam menyalahgunakan hak kuasa pengecualian yang diberikan. Oleh yang demikian rasa-rasanya BNM sudah seperti/macam langgar Section 40 & 41 Act 519 Central Bank of Malaysia Act 1958 (revised 1994)…… Wallah hu a’lam

Justeru itu saya percaya pinjaman perseorangan dalam jumlah yang luarbiasa besarnya itu didokong atau ada campurtangan Politik BN. Kalau tiada campurtangan Politik BN maka ianya diluluskan atas capacity Board of Directors BBMB sendiri…maka sahlah Board BBMB dah Nyusus atau langgar pantang dan patutnya kena dakwa.

NPL Kroni pun olok-oloknya, konon-kononya dah kena ambil oleh Danaharta? dah hampir bersih masalah BBMB…jadi apasal perlu bergabung dan diambil oleh CAHB. Kenapa CAHB tidak ambil RHB Bank atau Arab-Malaysian Bank dia berdua ini banyak hutang dengan BBMB dialah bermasalah dan tidak kukuh atau tidak mantap?!

Ada orang itu baru saja hendak jadi bapak tiri BBMB tapi belum apa-apa mulut sudah celupar, Mulut Laser. Adakah patut dia kata kakitangan BBMB kerja macam orang kerja Kerajaan. Kenyataanya dalam suratkhabar pula!…sungguh korang sopan orang itu! Sesudah begitu tidak ada perasaan untuk minta maaf dalam surat khabar juga.

Orang sebegini sepatutnya tidak boleh dan tidak patut dijadikan sedara, patutnya juga mulut dia kena jahit, tidak pun sumbat dengan chili. Sebab utamanya ialah belum apa-apa lagi sudah tidak pandai jaga mulut (celupar), tidak pandai jaga maruah dan sensitivity kakitangan BBMB. Keduanya dengar khabar abangnya ada hutang / pinjaman dengan BBMB Cawangan Taman Tun Dr. Ismail melalui syarikat VADS SDN BHD 208739W (sebuah syarikat yang berkaitan dengan Telekomunikasi) …Takut ada Conflict of Interest. Sebenarnya cakap dia terasa menghina dua pihak (1) Kakitangan Kerajaan (2) Kakitangan BBMB. Seolah-olah kakitangan Kerajaan itu teruk benar cara kerja dan perangainya sampai dijadikan Perumpamaan dan Contoh.

Satu lagi, si Mustapa Mohamed ikut suka sahaja dia cakap dalam surat khabar yang pengurusan BBMB kurang cekap……memang betul pun pengurusan atasan BBMB macam itu tetapi janganlah buat press statement. Buktinya… hutang individu kroni yang luarbiasa tu. Dua (2) Hutang NPL Tajudin Ramli & Tan Chee Yioun (Vincent Tan) tu macam NPL 30-40 branches kecil BBMB punya. Tapi Hutang itu rasanya dipercayai kalau tidak ada campurtangan Pemimpin BN tidak menjadi juga. Oleh itu BN pun tidak cekap juga la ya!

Jumlah hutang Personal si Tajudin seorang tu kalau hendak dibezakan dengan peruntukan TUK sebanyak +_ RM540 Juta yang kerajaan sediakan dan digunakan oleh beberapa ratus ribu atau juta usahawan kecil di Malaysia…lebih dia (Tajudin) lagi.

Kalau ikut congak saya pula dia (Tajudin) peru cari +_RM570-52 seminit untuk bayar hutangnya kalau jangkamasa pinjamannya 3 tahun (sebagaimana jangkamasa biasa yang kita amalkan beri untuk personal loan) dengan kadar faedah 10%. Sudah dekat sama dengan Bonus Runcit (RM100-0 sebulan x 6) yang Kerajaan berikan kepada kakitangannya, Duit Lauk (Duit pasar) sebulan bagi rakyat biasa. Dia buat apa dengan pinjaman banyak-banyak tu? Bukan boleh bawak mati kertas gambar Agong tu. Kapalterbang pun tidak boleh bawak masuk kubur.

Vincent Tan tu kalau dapat gantirugi samanmalu Param jangan derma kat rumah kebajikan suruh dia bayar dulu hutang NPL personalnya. Dia ni cakap cantik betul dalam suratkhabar.

Sementara itu mengikut pengamatan saya, antara satu syarikat Kroni dengan syarikat kroni yang lain berkaitan rapat dan ada pertalian pemiliknya. Kroni ini ada syer dan jadi director sana, yang sana ada syer dan jadi director sini. Yang sini pula ada syer dan jadi director sinun, yang sinun pun begitu juga. Kalay hendak dikira total liabilities satu-satu Kroni dalam pemberian pinjaman memang dah tidak boleh……sudah exceed.

Banyak pinjaman diluluskan antara tahun 1994 hingga 1997, secara kebetulan pula Arsam Damis (bekas Ketua Pengurus Besar – Corporate Resources yang meletakkan jawatan pada pertengahan 1998) pada tahun 1994 mendapat habuan saham INSAS sebanyak 8 juta unit dan saham UNZA 75,000 unit dari kerajaan. Tan Sri Dato Tan Chee Yioun (Vincent Tan) dan Dato Danny Tan Chee Sing dipercayai sebagai salah seorang dari “person acting in concert” dalam INSAS.

Pengerusi CAHB Dato Desa Pachi pula dipercayai memiliki hutang melalui PRESIDENT HOTEL SDN BHD 006325U dengan BBMB Cawangan Bukit Bintang. Si Mirzan pula sepatutnya tidak boleh pinjam di BBMB kerana bapak dia orang NO.! pengaruh & kedudukan bapaknya menyebabkan pinjamannya dikelaskan sebagai “Undesirable” tapi BBMB melalui Cawangan Penang memberikan pinjaman kepada KEZAN SECURITIES dan BBMB Cawangan Kampung Baharu pula berikan pada LION CORPORATION BERHAD.

Hutang persendirian kroni selalunya luarbiasa besar jumlahnya. Kalau bercagar pun dengan share yang kini nilainya baru belajar merangkak naik. Hutang syarikat milik Kroni pula kebiasaannya besar jumlahnya dan Clean basis.

Buktinya, adakah orang biasa boleh dapat hutang persendirian dalam jumlah yang besar dan syarikat orang biasa boleh dapat pinjaman yang besar tanpa cagaran? Kalau bolehlah dan ada yang Board BBMB berikan begitu pada orang biasa, maka itu satu tanda Dunia sudah hampir sangat hendak kiamat.

Kakitangan Bawahan BBMB sendiri yang memang dikenalpasti sebagai Kroni BBMB minta supaya HRD atau Board BBMB ikut perjanjian / surat tawaran supaya semak semula ansuran / instalment pinjaman perumahan kakitangan bawahan pun tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari BBMB mahupun Khazanah/MOF. Mereka perlekehkan orang bawahan, pandang hina pasal kami ini bukan kroni atau pun bukan Kroni En. Abdul Malek, Hishamuddin mahupun Yazid dari HRD.

En. Abdul Malek Majid (Ahli CCA) melalui surat pekeliling memaklumkan bahawa BBMB tidak akan ubah polisi berkaitan pinjaman kakitangan bawahan BBMB sendiri.

Mungkin sudah menjadi Polisi, Dasar, Amalan dan Tabiat pihak atasan BBMB suka buang tebiat bagi loan besar-besar tanpa cagaran (Clean basis) tapi kepada staff sendiri loan yang kecil dan secured itupun bila diminta hanya semak semula ansuran/instalmentnya pun susah / tidak boleh. Macam-macam alasan diberikan, boleh dia hendak kelentong orang bawahan lagi. Bak kata pepatah “Kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan”.

Personal Loan yang besar-besar jumlahnya itu dan tidak secured amatlah tinggi risikonya. Hari ini bagi pinjam, besok jadi Allahyarham…In nal lil lah. Hutang pun ikut jadi Allahyarham, hangus. Tidakkan hendak kejar sampai lubang kubur! Itu pun Board dan member CCA kata boleh!, boleh!, okey! okey! pass!. Pas! Pas! Adil! Adil!.

Kakitangan BBMB semuanya tahu BOC itu lebih kecil saiznya dari BBMB malah induknya (CAHB) assetnya lebih kecil dari BBMB…semua orang tahu malah orang luar pun tahu. BBMB darjatnya tier satu tapi yang ini apa hal dia pula ambilalih BBMB? Perbuatan begini bukan sahaja mneghina BBMB dan kakitangannya malah telah menghina rakyat Malaysia Bumiputera amnya. Kalau dicakap begini, macam-macam alasan diberikan seolah-olah kita semua tidak celik dan rakyat Malaysia bodoh belaka. Mungkin nanti sampai diambil tindakan…(jangan dituduh liwat sudah!)

Kakitangan BBMB tanpa mengira pangkat selama ini puas membina dan berusaha menaikkan BBMB tapi sehingga satu tahap timbul hutang-hutang besar (luarbiasa) oleh mereka-mereka yang digelar kroni yang dipercayai diluluskan secara tidaK berhemat oleh Director-Director dan Pengurusan Atasan (CCA) BBMB sendiri yang akhirnya banyak menjadi NPL tapi yang disibukkan dan disuruh kejar macam nak gila adalah hutang-hutang yang kecil milik rakyat biasa sehingga bank mengelluarkan kos tinggi bagi mengadakan Regional Collection Unit dan yang terbaharu ialah London Bridge Debt Manager. London Bridge?!…macam bahasa Barat Yahudi aje bunyinya unit ini, Bahasa Malaysia kan ada…nak bunyi glamour lah tu! Jangan perabih beras buat unit itu ini sampai di branch sendiri tidak cukup kakitangan. Mana pergi BOD, CCO (Credit Risk Management), Internal Auditor?! Buat apa selama ini, pandai komen tegur branches dan bagi rating macam-macam. Ha!, sekarang ni…bagilah komen dan rating pada Director-Director ataupun pada CCA kita. Internal Auditor letak di manapun samada bawah General Manager atau bawah Board sama aje!

Tidakkah Bank Baru itu nanti bila dah jadi milik beberap individu tertentu menghadapi masalah Heavy Withdrawal sebagaimana berlaku kepada MBf baru-baru ini? Kerana gambaran dimata rakyat, pemikiran rakyat dah makin celik. Rata-rata mengatakan pelik dengan pengambilalihan BBMB oleh CAHB dan digabungkan dengan BOC lebih-lebih lagi perjanjian persefahaman yang ditandatangani pada September, 1998 jelas adalah selepas pemecatan Anwar dan perletakkan jawatan Gabenor BNM yang lalu. Kegawatan Politik Malaysia mengukuhkan lagi sangkaan mereka dan sukar dihakis. Jangan terlalu optimis rakyat boleh dengan mudah dipengaruhi setelah beberap banyak perkara pelik berlaku di Malaysia hari ini yang di luar batasan logik. Pengambilalihan dan Pergabungan BBMB bererti BN akan dipinggirkan terus oleh rakyat dan ramai bakal terdakwa akibat persona. Orang atas mana tahu ini semua pasal tidak campur masyarakat, yang dia campur hanya kelompok sedarjat mereka sahaja. Wang ringgit yang ditaburkan bukan jaminan kemenangan dan kejayaan.

Kakitangan BBMB sebahagian besarnya tidak begitu gembira dengan pengambilalihan BBMB oleh CAHB dan digabungkan dengan BOC, hanya mereka tidak berani bersuara. Bukan kakitangan berfikiran negative tidak mahu terima perubahan tapi hakikatnya kakitangan BBMB sudah pouas bertungkus lumus berusaha menaikkan BBMB tapi dengan mudah CAHB (diyakini milik kroni tertentu) ambil dengan hanya tinggal menyambung sedikit sahaja usaha asas yang telah kakitangan lakukan selama ini untuk BBMB (milik Kerajaan secara tidak langsung milik rakyat Malaysia) tanpa mereka perlu bersusah payah membina dan mencari pelanggan, mereka boleh dengan cepat buat untung kerana selama ini semuanay telah tersedia. Rumah sudah siap dia tinggal cat aje! Orang lain tanam Pokok dia yang makan hasilnya!…mudahnya kerja. Yang banyak merugikan BBMB selama ini bukan kakitangan biasa BBMB tapi kehadiran mereka-mereka yang dicap sebagai kroni dengan membuat hutang yang diluluskan oleh pihak atasan BBMB dan akhirnya menjadi NPL ( sila lihat listing yang disediakan) dan ada yang di Write-off hutangnya itupun tidak diambil kira hutang yang tidak diketahui yang dulu-dulunya lebih awal lagi telah di write-off.

Ramai yang bergelar Dato’, YB dan ada pula si Shahidan dan Sanusi. Hutang Personal memang saja-saja tidak mahu bayar buktinya statusnya “Current” pun Danaharta kononnya dah ambil. Si Khalil Yaakob (bekas MB Pahang) dan Dato Zainal Abidin Abdul Kadir bekas Pengarah Pusat Islam (Uulamak! UMNO) pun ada?! (Pahang Cement Sdn Bhd) Meriah betul BBMB dengan Kroni.

Sebuah Bank milik Kerajaan (milik rakyat) yang dahulunya Nombr 2 di Malaysia kini diaibkan dengan pengambilalihan oleh CAHB yang lebih kecil assetnya. BOC yang jauh lebih kecil sudah hendak jadi bapak tiri BBMB.

Satu bentuk perbankan perniagaan perbankan moden alaf baru ialah dengan mengambil bank lain (tidak kira samada macam Ular Lidi makan Naga ataupun tidak) kerana dengan mudah tanpa bersusah payah cepat dapat untung disebabkan semuanya dah tersedia tidak sebagaimana kesusahan membina baru dimana terpaksa menjalin, mencari hubungan baru dengan pelanggan.

Saya juga berharap pengambilalihan BBMB oleh CAHB dan pergabungan dengan BOC dibatalkan. Biarlah BBMB (milik Kerajaan yang secara tidak langsung milik rakyat ini) menjadi bank tang terakhir di Malaysia diambilalih itupun jika setelah Kerajaan benar-benar Desperate tidak ada duait, ini memandangkan faktor berikut :-

(1) Ianya satu penghinaan kepada kami kakitangan BBMB dan Rakyat Bumiputera amnya :-

(a) Saiz asset CAHB syarikat Induk BOC lebih kecil dari BBMB tapi bagaimana boleh terjadi BBMB yang diambilalih, yang mana CAHB nanti menjadi syarikat Induk Bank baru tersebut. Saiz CAHB dan BOC yang jauh lebih kecil itu membuktikan bahawa setelah sekian lama bertapak di arena perbankan mereka gagal mengembang dengan baik jumlah cawangannya juga susah untuk mengejar / menandingi BBMB. Bagaimana Kerajaaan mendakwa BBMB tidak cekap hanya disebabkan cara kerja segelintir Makhluk Allah di atas BBMB?

(b) Salah satu syarat pengambilalihan itu ialah BBMB mesti bersih dari MAJOR NPL ini jelas mereka juga takut dan tiada kepakaran / keupayaan untuk menuntut hutang dari Kroni

(c) Pokok yang kita di BBMB tanam, hasilnya hendak dituai / diambil oleh CAHB tanpa perlu mereka bersusah payah dari awal sama-sama membina.

(2) Danaharta kononnya ditubuhkan bertujuan memberi ruang kepada Bank menjalankan aktiviti seperti biasa tanpa gangguan masa mengejar Major NPL dan secara tidak langsung boleh merangsang ekonomi Negara. Malangnya itu hanyalah omong kosong saja dan satu permainan politik kotor untuk menyelamatkan Kroni ini berdasarkan pendapat berikut :-

(a) Personal Loan NPL pun diambil oleh Danaharta; (b) Personal Loan yang statusnya “Current” milik Korni pun diambil; (c) Setakat ini NPL yang diambil hanya bersifat “Atas Kertas” tanpa bayaran dibuat dan difahamkan dibayar dengan BON yang akan hanya matang beberapa tahun setelah Pengambilalihan BBMB sah berlaku…lantas mungkin cerita NPL kroni ini lenyap begitu sahaja.

(3) Dua buah Bank milik kroni masih megah dibiarkan menjalankan aktiviti perbankan tanpa gangguan dipaksa bergabung sedangkan mereka terhutang dengan BBMB yang menjelaskan lagi bahawa matlamat pergabungan Bank-Bank yang bertujuan memantapkan dan mengukuhkan bagi bekalan menghadapi alaf baru adalah gimik Pemerintah dari BN seolah-olah ingin memberi-agihkan kekayaan kepada kroni. Akhirnya yang tinggal 5-6 Bank dianggap-pasti sebagai milik kroni :-

(a) RHB yang dikenali sebagai milik kroni masih angkuh membeli Bank sana-sini tetapi masih berhutang dengan BBMB dan belum habis berbayar. Personal Loan Pengerusinya dah jadi NPL… (b) Arab-Malaysian Bank begitu juga dikenali sebagai Kroni masih berhutang melalui induknya dengan BBMB dan Personal Loan Pengerusinya dah NPL dan kononnya siambil oleh Danaharta.

(4) Pergabungan dan pengambialihan tidak menjanjikan keselamatan / jawatan kakitangan BBMB yang dah berusaha selama ini. Merger Update yang diterima meragukan samasekali dan samar

(5) Jika pembuangan atau VSS berlaku, pada pendapat saya kakitangan BBMB yang sudah berusaha selama ini dikorbankan untuk kepentingan memberikan kekayaan kepada Kroni. 1 lelaki bererti satu keluarga. Satu keluarga mungkin 5orang. Kalau bangsat-bangsat 1,000 lelaki bererti 5,000 susah makan. Dalam mencari kekayaan yang memang tidak dibawa bersama kekubur, tanggungjawab sosial pun perlu dititik beratkan…bukannya tanggungjawab So-Sial.

(6) BBMB sebenarnya masih kukuh dan mengikut congaknya jumlah pinjaman yang ada lebih-lebih lagi kalau benar Major NPL milik Kroni dah diambil oleh Danaharta maka BBMB berupaya mencatat keuntungan asalkan tiada lagi selepas ini unsur politik BN dalam pemberian pinjaman dan kemudahan Bank.

Apa-apa yang dinyatakan adalah berdasarkan pendapat dan pandangan saya dari pemerhatian sekian lama. Saya tiada niat atau bermotif Politik dalam memberikan teguran ini. Inya semata-mata menjalankan tanggungjawab saya sebagai kakitangan BBMB sebagaimana yang dinyatakan dalam Service Agreement bahawa sekiranya saya melihat atau nampak sesuatu yang tidak betul berlaku (mengikut pandangan saya) ianya perlu ditegur dan dilaporkan kepada Bank. Walaupun saya tahu yang tak betul itu adalah juga orang yang saya tujukan surat ini kepadanya. Sekiranya terdapat kata-kata yang tidak disengajakan berbau politik itu adalah disebabkan semata-mata kerana segelintir ahli Politik BN telah dipercayai telah mencampur-adukkannya dalam unrusan perbankan BBMB.

Saya berharap si mulut celupar tu buat press statement minta maaf pada Kakitangan Kerajaan dan Kakitangan BBMB tanpa ada unsur menghina serta memperolok-olok dan jangan under estimate kami orang bawahan.

Saya amat berharap agar tiada pihak yang bersikap atau mengeluarkan kata-kata seperti kata-kata Firaun iaitu “Kalau tak suka dengan kerajaan atau tak suka pergabungan, berhenti sajalah!”. Pada saya tanggungjawab sebagai Pekerja adalah lain, tanggungjawab sebagai Rakyat adalah lain dan tanggungjawab sebagai ahli Politik adalah lain. Politik Di Malaysia amatlah Kotor.

Maaf jika terdapat kekasaran bahasa.

We are giving Cronies a Bank, Better than before, Better than others

-ditandatangani- ZAID BIN IBRAHIM STAFF 81/4865 BBMB PONTIAN KECHIL

Link To The Full List Of BBMB's Bad Loans & Advances

Hit the BACK button to return to previous page


Last changed: August 16, 1999