[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Mengapa Si Tapa Yang Jawab?

Date: 16 Aug 1999
Time: 05:15:52
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kita melihat betapa Si Tapa terus menerus ditunggang oleh Si Kepala Taik dan Si Diam.

Mengapa Si Tapa yang perlu jawab?

Mengapa Si Diam terus mendiamkan diri?

Para konspirator sedang pening kepala untuk mengatasi isu ini yang akan menjerat leher-leher mereka.

Pada rakyat, kita tiada pilihan lain, kita mesti tammatkan riwayat kerajaan Barisan Najis.

============================================================================================================================== MUSTAPA TIDAK TOLAK KEMUNGKINAN DOKUMEN KEMENTERIAN KEWANGAN HILANG

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Menteri Kewangan Kedua Datuk Mustapa Mohamed hari ini tidak menolak kemungkinan ada dokumen sulit kementerian berkenaan yang hilang.

Bagaimanapun perkara itu terserah kepada siasatan polis dan tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Abdul Halim Ali, katanya.

"Siasatan itu belum lagi dimulakan tapi saya pasti KSN akan memberi arahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan ada dokumen sulit kerajaan berhubung kementerian berkenaan yang hilang ekoran kenyataan Ketua Pemuda Keadilan Mohamad Ezam Mohamed Nor yang mendakwa bekas timbalan perdana menteri dan juga bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan beberapa kotak dokumen rasmi kerajaan di luar negara.

Mustapa berkata jika ada pegawai kerajaan yang terbabit dengan perkara itu, mereka akan dibawa ke mahkamah kerana perbuatan itu adalah melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Khamis lalu Ezam dilaporkan berkata Anwar dan penyokongnya menyimpan lima atau enam kotak dokumen rasmi kerajaan di luar negara yang akan didedahkan satu demi satu kepada rakyat. -- BERNAMA


Last changed: August 16, 1999