[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Bukti Keng Yaik Berbohong

Date: 16 Aug 1999
Time: 20:30:43
Remote User: -

Comments

Ulasan

Keng Yaik terkenal dengan gelabahnya. Ini jawapan tepat kepadanya bahawa Kit Siang akan membayar tuntutan tersebut. Dia ada prinsip. Dia ada maruah. Bukan macam Keng Yaik yang hanya jadi baruah. Baruah kepada Si Kepala Taik.

============================================================================================================================== KIT SIANG BERSEDIA BAYAR, KATA KARPAL SINGH

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Timbalan pengerusi DAP Karpal Singh hari ini berkata setiausaha agung parti Lim Kit Siang "bersedia menjelaskan apa yang perlu dibayar" kepada Menteri Perusahaan Utama dan presiden Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.

Beliau mengulas kenyataan Dr Lim semalam bahawa beliau (Dr Lim) telah memulakan prosiding bankrap terhadap Kit Siang kerana gagal menyelesaikan kos yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam satu saman malu yang Kit Siang kalah lima tahun lepas.

Dr Lim berkata beliau tidak pasti jumlah sebenar kos itu "tetapi ia kira-kira RM30,000". Menurutnya perkara itu sedang dikendalikan oleh para peguamnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal Singh, yang mewakili Kit Siang berkata jika Dr Lim tidak pasti mengenai jumlah sebenar, "beliau sepatutnya menentukan jumlahnya sebelum membuat kenyataan umum mengenainya."

Karpal Singh berkata para peguam Dr Lim telah menghantar dua pucuk surat kepada firma guamannya "untuk menyelesaikan sejumlah RM28,369.80 sebagai kos."

"Dr Lim tidak sepatutnya mengelirukan orang ramai. Beliau tidak harus melencong daripada kebenaran. Lim Kit Siang bersedia menjelaskan apa yang perlu dibayar," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 16, 1999