[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Buat Julai 2000 Lagi Senang

Date: 16 Aug 1999
Time: 20:45:05
Remote User: -

Comments

Ulasan

Jangan Si Kepala Taik ingat Malaysia ini bapak dia buat. Jangan dia ingat bahawa 22 juta rakyat harus melutut kepadanya. Boleh jalanlah!

Kita ada maruah. Kita ada harga diri.

"Saya masih lagi menilai keadaan. Saya rasa keadaan sekarang lebih baik berbanding beberapa bulan lepas. Rakyat sekarang lebih tahu mengenai pelbagai perkara tetapi saya masih belum memutuskannya lagi," kata beliau kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri taklimat di pejabat Rimbunan Hijau, sebuah syarikat Malaysia yang mempunyai konsesi balak di rantau timur jauh Rusia ini.

SAMADA SEKARANG ATAU JULAI 2000, RAKYAT SUDAH SEDIA UNTUK MENJATUHKAN KAMU.

Semasa di tanahair, para wartawan sentiasa bertanyakan perdana menteri mengenai pilihan raya umum tetapi jawapan standard beliau ialah: "Kita akan adakan pilihan raya apabila kita rasa ia patut diadakan."

INI KERANA WARTAWAN MEDIA KRONI BODOH DAN BAHALOL. DALAM DOK ANGGUK DAN SOKONG DIAPUN KAMU SEMUA KENA TEMBERANG. UBAHLAH SIKIT. TAK PROFESIONAL LANGSUNG.

Ketika ditanya perkara yang sama oleh wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatannya di sini dan bahawa beliau membiarkan rakyat dalam keadaan suspens terlalu lama, Dr Mahathir memberikan jawapan yang sama tetapi menambah sedikit: "Kita tidak adakan pilihan raya hanya kerana rakyat sedang suspens."

SOALAN YANG BODOH DAPAT JAWAPAN BODOH DARI SI KEPALA TAIK. DUA-DUA BODOH.

"Ya, saya akan menghadiri Apec, UNGA dan SAID," kata beliau.

KAMU BOLEH MERANCANG TAPI ALLAH SWT YANG MENENTUKAN. KAMU SANGAT ANGKUH. KAMU DURJANA.

Tetapi apabila ditanya bahawa dengan beliau berada di luar negara kerana menghadiri mesyuarat-mesyuarat itu bermakna pilihan raya umum tidak akan diadakan tahun ini seperti yang dijangkakan, Dr Mahathir menjawab: "Tidak, jika saya adakan pilihan raya, pastinya saya tidak akan pergi."

CAKAP MACAM ULAR. ULAR ITU LAMBANG KHIANAT. MAKA KAMULAH PENGKHIANAT NEGARA.

"Kami wartawan juga tidak dapat bercuti," katanya, menyebabkan mereka yang hadir ketawa.

BODOHNYA SOALAN WARTAWAN INI. DIA INGAT PILIHANRAYA INI KERJA MAIN-MAIN KOT.

"Cuti itu dibekukan bukan kerana pilihan raya. Mereka boleh bercuti tetapi kerana kemerosotan ekonomi, mereka tidak boleh ke luar negara," katanya.

LAIN DITANYA LAIN PULAK YANG DIJAWABNYA. MEMANG DIA KAKI PUTAR ALAM.

============================================================================================================================== MAHATHIR BERI BAYANGAN MENGENAI PILIHAN RAYA MALAYSIA

Daripada Azman Ujang

KHABAROVSK (Russia), 16 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang selama ini mengelak daripada menyatakan bila beliau akan mengadakan pilihan raya umum, memberikan sedikit bayangan hari ini, dengan berkata keadaan sekarang adalah "lebih baik" daripada beberapa bulan lepas untuk mengadakan pilihan raya.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, beliau masih menilai keadaan itu dan meminta rakyat Malaysia yang berada di dalam keadaan suspens mengenai tarikh pilihan raya supaya bersabar.

"Saya masih lagi menilai keadaan. Saya rasa keadaan sekarang lebih baik berbanding beberapa bulan lepas. Rakyat sekarang lebih tahu mengenai pelbagai perkara tetapi saya masih belum memutuskannya lagi," kata beliau kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri taklimat di pejabat Rimbunan Hijau, sebuah syarikat Malaysia yang mempunyai konsesi balak di rantau timur jauh Rusia ini.

Dr Mahathir, yang tiba di sini malam tadi untuk lawatan tiga hari, memberikan isyarat lanjut mengenai pilihan raya dengan berkata walaupun beliau akan menghadiri beberapa persidangan antarabangsa pada suku akhir tahun ini, ia tidak bermakna pilihan raya tidak akan diadakan tahun ini.

Semasa di tanahair, para wartawan sentiasa bertanyakan perdana menteri mengenai pilihan raya umum tetapi jawapan standard beliau ialah: "Kita akan adakan pilihan raya apabila kita rasa ia patut diadakan."

Ketika ditanya perkara yang sama oleh wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatannya di sini dan bahawa beliau membiarkan rakyat dalam keadaan suspens terlalu lama, Dr Mahathir memberikan jawapan yang sama tetapi menambah sedikit: "Kita tidak adakan pilihan raya hanya kerana rakyat sedang suspens."

Perdana Menteri berkata beliau akan menghadiri tiga persidangan pada September iaitu forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Auckland, New Zealand, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di New York dan Dialog Antarabangsa Afrika Selatan (SAID).

Difahamkan juga bahawa di antara mesyuarat-mesyuarat itu, Dr Mahathir dijadual melawat Belarus di Rusia dan Poland juga pada bulan yang sama.

Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (Chogm), yang selalu dihadiri perdana menteri, pula dijadualkan pada November.

"Ya, saya akan menghadiri Apec, UNGA dan SAID," kata beliau.

Tetapi apabila ditanya bahawa dengan beliau berada di luar negara kerana menghadiri mesyuarat-mesyuarat itu bermakna pilihan raya umum tidak akan diadakan tahun ini seperti yang dijangkakan, Dr Mahathir menjawab: "Tidak, jika saya adakan pilihan raya, pastinya saya tidak akan pergi."

Seorang wartawan memberitahu perdana menteri bahawa satu sebab mengapa media sering bertanyakan mengenai tarikh pilihan raya adalah kerana cuti kakitangan agensi kerajaan tertentu dibekukan sementara menunggu pilihan raya diadakan.

"Kami wartawan juga tidak dapat bercuti," katanya, menyebabkan mereka yang hadir ketawa.

Dr Mahathir menjelaskan bahawa cuti untuk kakitangan awam tidak dibekukan tetapi kerana kegawatan ekonomi, mereka tidak dibenarkan bercuti di luar negara.

"Cuti itu dibekukan bukan kerana pilihan raya. Mereka boleh bercuti tetapi kerana kemerosotan ekonomi, mereka tidak boleh ke luar negara," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 16, 1999