[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Najib Pening Kepala

Date: 17 Aug 1999
Time: 01:07:16
Remote User: -

Comments

Ulasan

Yang jelas Si Najib pening kepala sebab dia sendiri tak tahu mana yang betul. Kalau yang melatih itu dari pihak polis dan tentera maka memanglah mereka juga tak sokong kerajaan zalim BN.

Apalah yang sukar sangat nak faham? Sebenarnya semua orang, semua rakyat tak suka lagi BN. Turun sajalah! Mengapa tak reti-reti? ============================================================================================================================== KEMENTERIAN PANDANG SERIUS KEGIATAN ANTI-K'JAAN GUNA PERSATUAN PELAJAR

KUALA TERENGGANU, 17 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pendidikan memandang serius tindakan golongan tertentu yang menggunakan pasukan beruniform di sekolah-sekolah menengah untuk kegiatan anti-kerajaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata siasatan mengenainya sedang dijalankan dan kementerian kini menunggu laporan hasil siasatan untuk tindakan.

Pihak tertentu yang tahu (mengenai kegiatan itu) diminta membuat laporan agar tindakan selanjutnya boleh diambil, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan kebangsaan Tech-Prep kedua di sini hari ini.

Najib mengulas laporan akhbar Sunday Star mengenai langkah pihak tertentu yang sedang menggerakkan kegiatan anti kerajaan bagi mempengaruhi para pelajar yang menyertai pasukan beruniform di sekolah-sekolah menengah agar mereka membenci kerajaan.

Laporan itu menyebut bahawa gerakan itu sedang melatih pelajar-pelajar dan orang awam dengan menggunakan Kelab Remaja Sekolah (KRS) bagi menimbulkan perasaan anti-kerajaan dan mampu menggunakan senjata apabila diperlukan.

Akhbar itu yang memetik seorang pegawai kanan di Kementerian Pertahanan sebagai sumbernya mendakwa gerakan itu cuba mewujudkan sebuah pasukan tentera persendirian yang boleh digerakan untuk menentang kerajaan apabila diperlukan.

Bagaimanapun, Najib tidak menolak laporan itu adalah satu dakwaan kosong sambil berkata kebanyakan jurulatih yang terlibat untuk KRS adalah daripada pasukan tentera dan polis yang sememangnya mempunyai disiplin dan tanggungjawab kepada kerajaan.

"Tetapi, kementerian memandang serius perkara itu dan siasatan telah dan sedang kita jalankan," katanya.

Mengenai bentuk tindakan pula, Najib berkata ia bergantung kepada laporan siasatan itu terlebih dahulu dan bentuk penglibatan (pelajar-pelajar) dalam kegiatan yang dimaksudkan. -- BERNAMA


Last changed: August 17, 1999