[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Wah, Kalau Pemuda UMNO Buat Laporan, Polis Cepat Siasat

Date: 17 Aug 1999
Time: 01:57:27
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kalau inilah yang ditunjukkan oleh pihak polis maka jelaslah bahawa mereka di bawah telunjuk Si Kepala Taik. DSAI telah kemukakan tiga laporan - kes Rafidah, Perwaja dan Di Diam.

Ini mereka lengah-lengahkan.

Inilah dia pasukan polis yang kononnya mesra rakyat.

============================================================================================================================== Polis akan panggil Ezam bantu siasatan

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Polis akan memanggil beberapa saksi, termasuk Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Mohamad Ezam Mohd. Nor untuk membantu siasatan berhubung isu penyimpanan dokumen rasmi kerajaan di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Yaakob Md. Amin berkata, pihaknya kini masih di peringkat mengkaji dua laporan yang dibuat oleh ahli UMNO di ibu negara dan di Ipoh, semalam.

''Pada dasarnya kedua-dua laporan yang dibuat itu munasabah dan kita akan meneruskan siasatan sebelum mengambil keputusan memanggil saksi-saksi yang berkaitan, termasuk Ezam,'' katanya.

Menurut beliau, siasatan aduan yang dibuat di Kuala Lumpur akan dijalankan oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur manakala siasatan aduan di Ipoh, akan dilakukan oleh Polis Kontinjen Perak.

Hasil daripada siasatan itu nanti akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Semalam Penolong Setiausaha Pemuda UMNO merangkap Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN), Zulkifli Mohd. Alwi, membuat laporan polis berhubung pengakuan Ezam bahawa pihaknya menyimpan berkotak-kotak dokumen rasmi kerajaan di luar negara.

Zulkifli berkata, pengakuan Ezam yang disiarkan dalam akhbar pada 13 dan 15 Ogos lalu harus disiasat segera bagi memastikan keselamatan negara tidak terjejas dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Ekoran laporan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan polis melakukan siasatan segera terhadap isu yang menjadi perhatian umum sekarang ini.

Ezam sebelum ini membuat pengakuan pihaknya menyimpan berkotak-kotak dokumen rasmi kerajaan di luar negara yang didakwanya diperoleh daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, juga mengaku semua dokumen yang dimiliki suaminya itu diperoleh daripada Badan Pencegah Rasuah semasa beliau (Anwar) menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Yaakob memberitahu setakat ini pihaknya belum menetapkan tarikh untuk memanggil saksi-saksi terlibat.

Kata beliau, pihaknya juga tidak menetapkan tempoh untuk menjalankan siasatan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Kamaruddin Md. Ali berkata, pihaknya sedang mengkaji isi kandungan laporan yang dibuat oleh Zulkifli di Ibu Pejabat Polis Brickfields, semalam.

''Selepas itu mungkin kita akan memanggil beberapa saksi yang mempunyai kaitan dengan isu itu, termasuk Ezam untuk memberi keterangan bagi menyelesaikan kes itu,'' jelasnya.

Bagaimanapun, Kamaruddin memberitahu, setakat ini pihaknya belum membuat keputusan tarikh untuk memanggil saksi-saksi berkenaan.


Last changed: August 17, 1999