[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kisah Dari London Mengenai KEMAS

Date: 17 Aug 1999
Time: 05:13:40
Remote User: -

Comments

Pada 13 Ogos baru-baru ini saya berada di London dan sempat berjumpa beberapa kenalan lama di sana. Malah sempat juga berjumpa beberapa orang pelajar yang sama belajar dengan adik saya. Salah seorang pelajar memberitahu saya bahawa dia hairan bagaimana kerajaan melalui KEMAS - Kemajuan Masyarakat, boleh mengugut kakitangannya. Kata pelajar tersebut, kakaknya seorang Penyelia KEMAS memberitahu bahawa terdapat satu arahan daripada Kementeriannya mengarahkan supaya semua kakitangan KEMAS, suami/isteri dan keluarga mestilah menyokong kerajaan. Jika didapati mereka tidak menyokong kerajaan, mereka boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk dibuang kerja.

Benarkah ada arahan berkenaan? Diharap satu siasatan boleh dijalankan dan kalau tidak, diminta barisan Parti Alternatif mendesak kementerian berkenaan menafikannya. Harap JPA boleh siasat.


Last changed: August 17, 1999