[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

APA DAH JADI DENGAN UMNO PERAK?

Date: 17 Aug 1999
Time: 05:15:23
Remote User: -

Comments

APA DAH JADI DENGAN UMNO PERAK?

Dari Ipoh berita mengatakan bahawa Perhubungan UMNO Negeri Perak akan menghantar seniman Jins Shamsudin untuk memberi ceramah politik di Rungkup, Bagan Datok pada 20 Ogos nih. Ceramah itu diadakan di sebuah sekolah agama di mana Mudirnya (Guru Besar) sekolah itu ialah bapak kepada bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato Zahid Hamidi. Dengar cerita, Ustaz Hamidi ini sangat disegani dan sangat berpengaruh, malah seorang teman UMNO kata, Ustaz Hamidi mempunyai ribuan anak-anak muridnya di seluruh Perak/Negara. Gitu rupanya..sebab itulah mereka gunakan Ustaz Hamidi untuk meraih simpati rakyat. Kesian UMNO la nih.

(takkan orang Bagan Datok boleh dibodohkan oleh Mr Jin ini? - apa kata seniman)

Agaknya dah kurang sangatlah tokoh UMNO di Perak, ataupun tokoh UMNO la ni dah tak diterima oleh rakyat. Lepas ni bolehlah panggil seniwati Ziela Jalil lak. Dia bukan sahaja akan berlakon dan menyanyi , tapi dia mempunyai kelebihan membuat lawak bodoh sebiji macam si Uhmy Uphellda. Maklumlah, dia pun penyokong kuat Megat Al-Junitt . Diharap ramailah orang datang dan bawa kamera.


Last changed: August 17, 1999