[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kain rentang tanpa penganjur???

Date: 17 Aug 1999
Time: 05:17:22
Remote User: -

Comments

Kain rentang tanpa penganjur???

Mungkin 3-5 bulan dulu, ramai pemimpin UMNO yang masih sombong dan mengherdik penyokong barisan alternatif. Tetapi sekarang, pastinya tidak lagi. Mereka benar-benar takut. Antara tindakan-tindakan Badan Perhubungan UMNO di Negeri/Bahagian ialah:

1. Anjurkan ceramah dan poster/kain rentang dibuat sebanyaknya. Tetapi ceramah tersebut tidak ditulis anjuran siapa. Pastikan tidak ada ditulis anjuran UMNO .

2. Menjemput penceramah yang ada tittle "Ustaz", atau Dr.(yang menyokong UMNO) ataupun memanggil penceramah-penceramah bekas ahli PAS atau S46.

3. Meminta penceramah bercakap mengenai islam secara am. Dan jangan sama sekali fokus kepada aspek kepimpinan, amanah atau yang berkaitan dengan membangunkan sebuah negara Islam.

4. Penceramah hendaklah beritahu "orang ramai" (tak boleh guna perkataan "orang ramai" lagi, sebab sekarang ceramah UMNO memang orang tak ramai!), bahawa jangan terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang menimbulkan isu kepimpinan UMNO di peringkat Pusat dan yang berkaitan dengan DSAI, tetapi mestilah memberitahu mereka yang datang untuk melihat kepada isu setempat-misalnya isu tanah, isu biasiswa, isu bekalan api/air, isu kahwin cerai, isu sosial dan sewaktu dengannya.

5. Menyediakan peruntukan khusus bagi ceramah-ceramah ini untuk menyediakan makan dan minum serta pengangkutan serta duit "tangan" (jika perlu).

6. Memastikan kakitangan kerajaan turut hadir.

7. Menggiatkan program lawatan sambil berbelanja, program anak angkat, program siswa ke desa, program alumni/pelajar lama , program ketua-ketua cawangan (dan G10) bersama ADUN/Ahli Parlimen dan yang seangkatan dengannya.

8. Memastikan beberapa tokoh UMNO pergi Umrah sebulan dua ini untuk menunjukkan mereka juga alim dan boleh diterima di tanah suci macam Mahathir Al-Haj.

9. Memastikan apa saja yang diminta oleh cawangan diluluskan dan diambil tindakan segera, termasuk menyediakan dana untuk biasiswa pelajar miskin.

10. Dan banyak lagi....wek!wek!. Dulu bolehlah..


Last changed: August 17, 1999