[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kita Boleh Rejam Azizan

Date: 17 Aug 1999
Time: 20:23:30
Remote User: -

Comments

Umat Islam mengaku berzina boleh direjam: Mufti

KUALA LUMPUR, Isnin - Umat Islam yang mengaku melakukan zina berulang kali dalam keadaan siuman serta tanpa tekanan dan paksaan, boleh dihukum mengikut syarak.

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, berkata tindakan hanya boleh diambil terhadap individu yang melakukan pengakuan itu jika laporan dibuat kepada Mahkamah Syariah.

"Pihak yang membuat laporan bagaimanapun mestilah mempunyai saksi untuk menguatkan lagi hujahnya jika tertuduh menafikan dakwaan ke atasnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga berkata, pengakuan yang dibuat oleh individu itu hendaklah tanpa paksaan, desakan dan dia juga mestilah disahkan dalam keadaan siuman.

"Mengikut Undang-undang Islam, penzina yang masih bujang akan dijatuhi hukuman sebat 80 kali manakala penzina yang sudah berkahwin dihukum rejam sampai mati," katanya.

Beliau berkata, Mahkamah Syariah di negara ini tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang Islam atau Hudud, sebaliknya umat Islam yang didapati bersalah melakukan zina di negara ini hanya boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun.

"Bagaimanapun, umat Islam wajib menyembunyi perbuatan itu daripada pengetahuan umum atau teman rapat kerana ia mengaibkan.

"Sebaik-baiknya mereka hendaklah bertaubat untuk tidak mengulangi perbuatan itu," katanya.


Last changed: August 17, 1999