[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SAC MUSA DIDAKWA HINA MAHKAMAH.

Date: 18 Aug 1999
Time: 03:44:27
Remote User: -

Comments

PEMBELAAN MOHON SAKSI PENDAKWAAN DIDAKWA KERANA MENGHINA MAHKAMAH

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Sesi pagi perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhenti tiba-tiba hari ini selepas pembelaan membuat permohonan untuk mendakwa pegawai penyiasat kes itu kerana menghina mahkamah.

Peguambela Anwar, Karpal Singh yang jelas marah mendakwa SAC 1 Musa Hassan sebagai "berbohong di mahkamah", berkata Hakim Datuk Arifin Jaka patut mengambil tindakan segera dan memerintahkan Musa di penjarakan.

Arifin kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga pukul 2.30 petang dan meminta Karpal mengemukakan kes-kes rujukan mengenainya sebelum meneruskan permohonan itu.

Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah yang mengetuai pendakwaan tidak membantah permohonan itu.


Last changed: August 18, 1999