[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pak Lah Bohong Besar

Date: 18 Aug 1999
Time: 03:59:15
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kita cabar Pak Lah dan kerajaan supaya diadakan siasatan bebas terhadap penggunaan wang Petronas. Kita tidak percaya dengan kerajaan BN kerana asyik berbohong, siang dan malam.

Selagi siasatan terhadap Perwaja tidak selesai selagi itu kita kata bahawa kerajaan BN tidak boleh dipercayai.

Bohong tetap bohong. Itulah perjuangan BN.

============================================================================================================================== Kerajaan tidak guna Petronas untuk selamatkan syarikat

KUALA LUMPUR, Selasa - Kerajaan menegaskan tidak menggunakan Petronas untuk menyelamatkan syarikat tertentu seperti yang didakwa sesetengah pihak, terutama pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata semua keputusan syarikat minyak itu adalah berasaskan keputusan perniagaan dan pelaburan yang difikirkan wajar.

"Kerajaan bukan menggunakannya (Petronas..untuk menyelamat syarikat tertentu), ini adalah terpulang kepada Petronas apa yang wajar dilakukannya. Itu saja dan ini adalah penting bagi kita.

"Walau apapun juga jenis perniagaan industri yang Petronas terbabit, ini tidak menjejaskan perniagaan terasnya dalam industri petroleum dan petro kimia," katanya diminta mengulas mengenai isu itu yang dijangka menjadi modal pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan perayaan ulang tahun ke-25 Petronas di Menara Kembar Petronas di sini hari ini. Hadir sama Pengerusi Petronas, Tan Sri Azizan Zainul Abidin serta Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Abdullah juga berkata, kerajaan ingin melihat sektor swasta kembali memainkan peranan sebagai pemangkin kemajuan pembangunan ekonomi negara setelah ekonomi pulih sepenuhnya nanti.

Beliau berkata, berikutan kegawatan ekonomi, sektor swasta kelihatan kurang bermaya memainkan fungsi itu yang menyebabkan kerajaan mengambil alih sebagai ejen pemulihan ekonomi.

Begitu pun katanya, beberapa petunjuk kini jelas menunjukkan ekonomi semakin pulih, termasuk kedudukan rizab asing negara yang semakin kukuh serta sektor eksport kembali ceria selain kerancakan industri pembinaan.

Abdullah berkata, kerajaan berpuas hati terhadap prestasi Petronas yang mengembangkan sayapnya ke seluruh dunia seperti Eropah, Afrika dan Amerika Latin.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata operasi Petronas, termasuk di kawasan terpencil, menjadi bukti mengenai apa yang boleh dilakukan rakyat Malaysia.

"Siapa yang pernah terfikir 25 tahun dahulu bahawa suatu hari nanti rakyat Malaysia akan bekerja di padang pasir Sahara yang panas terik itu untuk mengeluarkan minyak bagi negara Sudan.

"Ini sudah pasti satu pencapaian yang seharusnya menjadi kebanggaan bukan sahaja bagi petugas Petronas malah semua rakyat Malaysia. Ia menjadi bukti bahawa anak Malaysia benar-benar berkebolehan," katanya.

Menurutnya, biasiswa yang diberikan Petronas kepada pelajar cemerlang terutama Bumiputera melahirkan ramai ahli profesional seperti jurutera dan akauntan.

Malah katanya, penyertaan usahawan tempatan dalam industri berkaitan petroleum diberi galakan melalui program pembangunan vendor yang dimulakan pada 1993.

Beliau berkata, sebagai syarikat minyak negara, Petronas terbabit secara langsung dalam pelbagai projek infrastruktur untuk melicinkan pembangunan sektor ekonomi.

"Satu daripada projek infrastruktur yang penting di Malaysia ialah Projek Penggunaan Gas Semenanjung (PGU) yang dilaksanakan dalam tiga fasa dengan kos US$9 bilion (RM34.2 bilion).

"Ia membabitkan pembinaan paip gas sepanjang 2,000 kilometer dan loji pemprosesan gas dengan kemampuan 2000 juta standard kaki padu sehari," katanya.

Abdullah berkata projek itu memberi peluang kepada kontraktor memajukan simpanan gas yang dulu ditemui tetapi tidak digunakan, dan membekalkan negara dengan bahan bakar alternatif untuk penjanaan kuasa bagi proses perindustriannya.

Projek PGU itu juga menjadi pemangkin kepada pembangunan industri petrokimia di Malaysia, dan membantu pertumbuhan sektor pembuatan negara.


Last changed: August 18, 1999