[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Parti Islam Se Malaysia (PAS) NS

Date: 18 Aug 1999
Time: 04:42:57
Remote User: -

Comments

Parti Islam Se Malaysia (PAS) Unit Sokongan, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, para muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian

Sebuah unit khas yang diberi nama ‘unit sokongan’ telah ditubuhkan oleh PAS Negeri Sembilan untuk tujuan berikut;

1. Pengembelingan tenaga ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS

Tujuannya ialah membantu jentera pilihanraya PAS di Negeri Sembilan untuk memastikan kejayaan optima PAS dalam pilihanraya akan datang.

Unit ini juga merupakan satu saluran untuk para ahli dan penyokong yang berminat untuk menyumbang sama ada berbentuk tenaga, buah fikiran, kewangan dan sebagainya, tetapi tidak dapat bergerak secara terbuka dibarisan hadapan yang mungkin oleh kerana masaalah peribadi atau peraturan-peraturan tertentu yang menyekat mereka berbuat demikian.

2. Pengumpulan dana untuk Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan

Unit ini akan mengadakan beberapa program untuk mendapatkan sumber kewangan untuk Badan Perhubungan PAS untuk digunakan dalam pilihanraya akan datang.

Beberapa aktiviti untuk mencapai tujuan diatas sedang dijalankan sekarang. Unit-unit tertentu telah ditubuhkan untuk melaksanakannya seperti berikut;

1. Unit perang saraf

Diantara peranan unit ialah mengetengahkan isu-isu tertentu yang menarik perhatian pengundi untuk memberi sokongan kepada parti-parti alternatif dalam pilihanraya ini. Isu-isu yang digunakan ada yang bercorak tempatan iaitu isu-isu di DUN itu sendiri atau yang bercorak nasional. Unit ini juga akan menjawab tohmahan-tohmahan yang dibuat oleh BN, diperingkat negeri dan juga nasional.

Unit ini akan menyampaikan mesej mereka kepada pengundi melalui risalah, slide show, ceramah berkelompok dan sebagainya.

2. Unit Sokongan Jentera Pilihanraya

Unit sokongan akan turut memberi bantuan dengan cuba menggerakkan ahli-ahli parti yang tidak aktif sama ada yang professional atau ahli biasa untuk membantu aktiviti-aktiviti jentera pilihanraya parti disemua peringkat termasuk peringkat MTD dan UPU.

Unit ini juga akan menyumbangkan buah fikiran untuk memantapkan lagi jentera parti disemua peringkat, di UPU, MTD atau pun negeri.

3. Unit Latihan

Untuk menentukan PAS mempunyai jentera pilihanraya yang terlatih, berpengetahuan dan cekap unit sokongan akan turut membantu untuk mengadakan program latihan kepada UPU atau MTD yang tidak mampu berbuat demikian.

4. Unit Sekretariat

Unit akan membantu mengkoordinasi aktiviti-aktiviti parti dipelbagai peringkat untuk memudahkan Badan Perhubungan PAS Negeri mengenal pasti keperluan setiap MTD atau UPU dan dapat mengambil tindakan segera dan tepat.

5. Unit Pengumpulan Dana

Satu unit yang tidak kurang pentingnya bagi membantu PAS Negeri Sembilan mempunyai dana yang cukup untuk menggerakkan aktiviti parti.

Aktiviti utama yang akan dilangsungkan ialah Majlis Makan Malam ‘ MERDEKA BERSAMA PRESIDEN’. Sila rujuk iklan seperti yang dilampirkan.

Dengan itu kami merayu akan sokongan anda, untuk kita sama-sama membantu merealisasikan impian kita, iaitu tumbangnya kerajaan zalim Barisan Nasional dan tegaknya Islam di Malaysia, negara yang kita cintai ini.

Anda dimohon untuk mendaftar diri sebagai sukarelawan unit sokongan ini dan menyumbang kepada Majlis Makan Malam ‘MERDEKA BERSAMA PEMIMPIN’ yang akan diadakan nanti. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas pengorbanan anda dalam membela Islam di negara kita ini.

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi

Sdr Mohd Shah/Pn. Norrita (03-7469577)

Sdr Zainal Abidin(h/p 012-6801071, e-mail: zainal@lnp.com.my)


Last changed: August 18, 1999