[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Siapa itu Omar Khalid? Tuan Majistret? Tuan Doktor? Tuan Guru?

Date: 18 Aug 1999
Time: 04:53:05
Remote User: -

Comments

Siapa itu Omar Khalid? Tuan Majistret? Tuan Doktor? Tuan Guru? Tak...beliau ialah penceramah UMNO yang dijemput ke sana kemari menceritakan pengalaman beliau selama berpuluh tahun bersama PAS. Beliau kini bertugas membantu Perhubungan UMNO Pusat dan membantu Yusuf Nor menjalankan kegiatan ceramah dan menceritakan pengalamannya yang termahal semasa di dalam PAS. (Sanggupkah Omar Khalid bersubahat dengan mereka yang zalim ini??).

Saya yakin, sudah ramai ahli UMNO yang dah dengar ceramah beliau. Anyway...not bad! Pandai buat lawak, cakappun sedap, jauh sedap daripada Ibrahim Al-Froggy. Boleh baca ayat al-quran dan mengulasnya dengan ulasan yang tersendiri. Wallahuallam.

Dalam ceramah beliau yang lalu (tak boleh sebut tempatnya untuk menjaga keselamatan beberapa pihak),ketika menjawab beberapa soalan daripada beberapa ahli UMNO yang hadir, beliau secara terang-terang menyebut bahawa :

1. Mengapa ramai orang memilih PAS ialah kerana UMNO tidak menyediakan ruang agama kepada ahli-ahlinya. UMNO hanya menyediakan aspek kebendaan semata-mata. Katanya, tidak hairannlah orang memilih PAS sebab PAS bercakap soal akirat, soal pendidikan agama, tetapi UMNO tidak ada menyediakan bekalan akhirat.

2. Mengenai aurat , katanya, memang betullah menutup aurat tu wajib dan diapun sedih apabila melihat isteri pemimpin negara tidak menutup aurat, katanya lagi, tak apalah...kita jangan kisahkan dia, lagipun Siti Hasmah tu dah tua ganyut. Dah lama putus haid. Rasa-rasanya, tak ada orang jantan yang minat kat Siti Hasmah tu lagi!!

3. Mengenai Anwar, beliau pun sedih. Tetapi diharapkan ramai pemimpin UMNO yang berani menegur tingkah laku Dr Mahathir.

Mendengar ceramah beliau beberapa kali, saya dapat simpulkan begini secara ringkas:

1. Beliau beberapa kali, tanpa disedari, menyebut beliau kecewa kerana duit pembahagian yang diperolehi menerusi ceramah-ceramah PAS yang dia terlibat, kununnya dia tak dapat.

2. Beliau mengatakan Tuan Guru Nik Aziz memang penipu dan guna agama untuk kepentingan peribadi.

3. Dalam ceramah beliau, beliau cuba menonjolkan beliau seorang yang berperibadi yang baik, tidak tamak, tetapi tersasul juga menyebut kecewa bila banyak beri ceramah UMNO tapi orang UMNO tak mahu bayar pada dia. Dia juga merayu agar UMNO Pusat dapat pertimbangkan untuk beri bayaran kepada beliau berceramah , selain menyediakan tiket kapalterbang dan hotel untuk penginapan.

Saya tak pernah benci orang, jauh sekali nak pandang hina pada seseorang. Siapalah kita ni, hamba allah juga..tetapi melihat gelagat Omat Khalid, saya sungguh meluat. Dan saya percaya, ramai lagi orang UMNO sendiri meluat tengok sikap Omar Khalid ini.

Nota: Saya harap, maklumat ini dapat diambil iktibar. Omar Khalid tidak boleh menipu. Saya ada bukti .


Last changed: August 18, 1999