[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

KALAU BERANI, SARANKANLAH KEPADA SI KEPALA TAIK.

Date: 18 Aug 1999
Time: 20:46:28
Remote User: -

Comments

Ulasan

Bila Si Kepala Taik tidak ada dalam negeri beranilah Pak Lah bersuara. Dia ingat zaman ini zamn dulukah? Dia tak tahukah berita ini akan sampai ke pengetahuan Si Kepala Taik dengan cepat sekali.

Kalau benar UMNO sudah bersedia, bila Si Kepala Taik balik umumkan tarih pilihanraya segera. Kita sudah tak sabar-sabar. Rakyat akan ambil alih kuasa dan pastikan kerajaan alternatif dapat kuasa selepas itu.

Ini baik untuk rakyat dan negara.

============================================================================================================================== UMNO SEDIA HADAPI PILIHAN RAYA PADA BILA-BILA MASA

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Umno sedia menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa dari sekarang.

Abdullah, yang juga naib presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden parti, berkata mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin Umno berpuas hati dengan taklimat persediaan pilihan raya yang diberikan oleh wakil ibu pejabat Umno, pejabat perhubungan negeri dan bahagian-bahagian.

"Kalau umum (esok) kita boleh buat, kalau beliau (Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad) umum lusa pun kita boleh buat, umum next year pun kita boleh buat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau berharap lebih banyak tumpuan diberikan bagi memastikan rangkaian komputer yang menghubungkan ibu pejabat, pejabat perhubungan negeri dan bahagian adalah selaras dan menggunakan sistem sama.

Pihak jawatankuasa dimaklumkan bahawa rangkaian komputer itu yang akan digunakan bagi menghantar maklumat tambahan dari ibu pejabat ke pejabat perhubungan negeri dan bahagian sepanjang pilihan raya adalah bebas daripada masalah Y2K.

Menurutnya, persediaan rapi yang dibuat oleh Umno bagi menghadapi pilihan raya termasuk pemasangan rangkaian komputer hanya membabitkan perbelanjaan yang sedikit dan tidak berlaku sebarang pembaziran.

"Kita buat apa yang perlu sahaja dan bukanlah cara Umno untuk membeli segala-galanya sampai tidak kira duit," katanya.

Abdullah juga berkata Malaysia akan mengeluarkan bantuan khas kepada rakyat Turki yang ditimpa gempa bumi di wilayah Barat Laut negara itu, semalam.

Beliau berkata kerajaan akan memutuskan bentuk bantuan berkenaan sama ada wang, perubatan atau barangan keperluan harian selepas menerima laporan dari Kementerian Luar.

Gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter, berlaku pada pukul 3.02 pagi (8.02 pagi waktu Malaysia) di Izmit berhampiran Laut Marmara, selama 45 saat.

Lebih daripada 1,000 orang terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera. --BERNAMA


Last changed: August 18, 1999