[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pak Lah Menggelabah, Apa Pasal?

Date: 19 Aug 1999
Time: 04:46:57
Remote User: -

Comments

Ulasan

Nampaknya jawapan Pak Lah tidak meyakinkan rakyat. Dia nampak menggelabah. Dia kalau Si Kepala Taik tak ada, dia tidak boleh bertindak bersendirian. Dia, mana ada standard!

"Janji PAS itu membuktikan yang ia tidak ada rancangan lain nak buat, hanya mahu membebaskan orang yang ditahan untuk memimpinnya," katanya kepada pemberita selepas melawat ekspo Barang Buatan Malaysia di sini.

INI SATU TUDUHAN TIDAK TEPAT. KES DSAI ADALAH SALAH SATU WADAH PERJUANGAN PARTI ALTERNATIF. SI KEPALA TAIK PUNYA ANGKARA, KAMU TANGGUNGLAH.

"PAS mengharapkan undi daripada orang Anwar. Rancangan lain tak ada, mungkin mereka tak ada pemimpin sendiri untuk memimpin sebab itu ia masih mengharapkan orang yang ditahan untuk dikeluarkan untuk memimpin mereka," katanya.

INI PENDAPAT MELALUT KERANA SELAMA INI PUN PAS BOLEH BERDIKARI DAN BERJAYA TADBIR KELANTAN. SEKARANG PAS SEBAGAIMANA UMNO JUGA INGIN UNDI PENYOKONG DSAI. JADI YANG KAMU SEMUA TOLAK DSAI APA PASAL? NASIBLAH KAMU KALI INI.

"Itulah (kerjasama) yang saya minta agar mereka teruskan kerja dan berikan perhatian untuk memastikan Barisan Nasional menang pilihan raya umum akan datang," katanya.

PADA RAKYAT WANITA UMNO HANYA BERLAKON SAHAJA. MEREKA LEBIH FIKIRKAN NASIB MEREKA DALAM PERHIMPUNAN UMNO TAHUN DEPAN.

==============================================================================================================================

JANJI PAS BEBASKAN ANWAR UNTUK PANCING UNDI PENYOKONGNYA

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Janji PAS untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tahanan jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang adalah muslihat parti itu untuk memancing undi terutamanya di kalangan penyokong bekas timbalan perdana menteri itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata ura-ura kononnya Anwar mahu dilantik sebagai pemimpin pembangkang jika memenangi pilihan raya umum nanti juga membuktikan pembangkang terutamanya PAS ketandusan pemimpin.

"Janji PAS itu membuktikan yang ia tidak ada rancangan lain nak buat, hanya mahu membebaskan orang yang ditahan untuk memimpinnya," katanya kepada pemberita selepas melawat ekspo Barang Buatan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan timbalan presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang semalam yang berjanji mahu membebaskan Anwar daripada penjara jika parti itu dan parti-parti pembangkang lain berjaya mebentuk kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah menyalahgunakan kedudukannya.

Abdullah berkata beliau yakin rakyat tidak akan mengundi sebuah parti yang hanya ada satu rancangan sahaja.

"PAS mengharapkan undi daripada orang Anwar. Rancangan lain tak ada, mungkin mereka tak ada pemimpin sendiri untuk memimpin sebab itu ia masih mengharapkan orang yang ditahan untuk dikeluarkan untuk memimpin mereka," katanya.

Mengenai Pergerakan Wanita Umno, Abdullah berharap semua anggota pergerakan itu akan terus bekerjasama dan eratkan perpaduan untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

"Itulah (kerjasama) yang saya minta agar mereka teruskan kerja dan berikan perhatian untuk memastikan Barisan Nasional menang pilihan raya umum akan datang," katanya.

-- BERNAMA


Last changed: August 19, 1999