[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Khalil Bohong Sebab Lambang BN Digunakan.

Date: 19 Aug 1999
Time: 04:52:18
Remote User: -

Comments

Ulasan

Janganlah Si Khalil mahu terus berbohong kerana sudah jelas dan nyata bahawa RTM dan lain-lain telah berkempen untuk BN. Apa buktinya segala lambang-lambang BN disebarkan. Berita-berita mengenai aktiviti BN dihebohkan.

Apa, Si Khalil ingat rakyat buta, pekak dan tololkah?

============================================================================================================================== KAKITANGAN PENERANGAN PERLU TERUS SAMPAIKAN MAKLUMAT, KATA KHALIL

KUANTAN, 19 Ogos (Bernama) -- Menteri Penerangan Tan Sri Khalil Yaakob hari ini menggesa kakitangan kementerian itu terus melaksanakan tugas menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dan dasar penting kerajaan kepada orang ramai kerana tanggungjawab itu tidak ada kaitan dengan parti politik.

Katanya, masyarakat berminat mendapatkan maklumat terperinci mengenai dasar-dasar penting kerajaan dan peranan untuk menjelaskannya merupakan tanggungjawab kakitangan Kementerian Penerangan.

"Memberi maklumat kepada masyarakat umum adalah tugas kita yang bukan sahaja dilakukan melalui siaran tv dan radio tetapi melalui pegawai penerangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan kakitangan Jabatan Penerangan dan RTM Kuantan di sini hari ini.

Khalil berkata peranan menjelaskan isu-isu semasa itu merupakan tugas harian pegawai penerangan yang tidak mempunyai kaitan dengan parti politik.

"Menjadi tanggungjawab pegawai di bawah kementerian melaksanakan tugas ini pada setiap masa dan bukannya menjelang pilihan raya sahaja kerana ini kerja berterusan," katanya.

Katanya, penjelasan kepada masyarakat itu boleh disampaikan dengan menganjurkan kursus dan perjumpaan bersama orang ramai. -- BERNAMA


Last changed: August 19, 1999