[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kegagalan Peringkat Pelaksanaan

Date: 19 Aug 1999
Time: 20:12:33
Remote User: -

Comments

Ulasan

Ini satu bukti jelas kegagalan kerajaan BN dalam melaksanakan dasar pembasmian kemiskinan. Ini kerana orang BN gunakan bantuan ini melalui pletfom BN.

Mereka gunakan dan politikan duit rakyat untuk bantu rakyat termiskin.

============================================================================================================================== KEGAGALAN AIM DIPANDANG SERIUS

KOTA BAHARU, 19 Ogos (Bernama) -- Kerajaan memandang serius kegagalan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sebuah badan amanah persendirian berdaftar yang ditubuhkan oleh kerajaan, dalam peranannya membantu mengurangkan bilangan penduduk termiskin di negara ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Annuar Musa berkata AIM yang mendapat peruntukan kerajaan kira-kira RM300 juta didapati gagal membantu peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan usahawan secara kecil-kecilan.

Berdasarkan semakan yang baru dibuat, daripada 55,000 keluarga PPRT yang dikatakan produktif (mampu bekerja) dan layak mendapat pembiayaan AIM, tidak sampai empat peratus golongan itu menyertai AIM, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya jemaah menteri yang bermesyuarat semalam memandang serius perkara itu kerana sekiranya perkara ini berterusan, usaha kerajaan untuk meminimumkan golongan termiskin di negara ini menjelang akhir tahun depan pasti akan terbantut.

AIM yang ditubuhkan pada 17 Sept 1987 bermatlamat membantu rakyat miskin melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar, membabitkan pinjaman modal antara RM1,000 dan RM10,000 bagi membolehkan sesebuah keluarga itu memulakan aktiviti ekonomi yang mampu memberikan pendapatan tetap supaya mereka dapat keluar daripada garis kemiskinan.

Annuar berkata kekeliruan fungsi AIM itu didapati berlaku kerana AIM menggunakan kriteria lain bagi menentukan garis kemiskinan iaitu keluarga terdiri lima anggota yang berpendapatan RM285 sebulan adalah golongan miskin manakala PPRT menetapkan RM210 sebulan bagi jumlah keluarga yang sama.

Beliau berkata jumlah peserta PPRT yang memohon khidmat AIM juga rendah kerana mereka tidak mempunyai maklumat berhubung peranan AIM yang bertanggungjawab membantu rakyat miskin.

AIM selepas ini dikehendaki menghantar laporan bulanan berhubung senarai penerima bantuan itu bagi memastikan baki kira-kira RM100 juta yang masih belum dikeluarkan, diberikan keutamaam kepada peserta PPRT, katanya.

Menurutnya usaha menggalakkan mereka yang berpendapatan rendah untuk berdikari tetap berhasil apabila 99 peratus daripada mereka yang mendapat pembiayaan AIM membayar balik pinjaman yang diperolehi.

Annuar juga berkata kementerian akan membiayai sepenuhnya perbelanjaan bagi pendawaian (elektrik) semula rumah peserta PPRT (kos RM6,000) yang dibina kerajaan di seluruh negara melalui peruntukan RM10 juta dlam Tabung Amanah Bekalan Elektrik Penjana Bebas (IPP).

Menurutnya pembiayaan itu meliputi rumah yang telah diduduki atau belum diduduki bagi memastikan keselamatan keluarga peserta PPRT kerana beberapa kes kebakaran rumah jenis itu telah berlaku baru-baru ini. -- BERNAMA


Last changed: August 19, 1999