[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Muhyiddin Dabik Dada

Date: 19 Aug 1999
Time: 20:20:50
Remote User: -

Comments

Ulasan

Nampaknya Muhyiddin mengesahkan bahawa Kementeriannya digunakan untuk memantau persatuan-persatuan belia dari aspek menyokong kerajaan atau tidak. Ini jelas satu campur tangan politik dan perbuatan salahguna kuasa yang jelas. Maka itu, nampaknya Si Muhyiddin mendabik dada. Tunggulah bilamana nama kamu tidak disenaraikan oleh Si Kepala Taik dalam pilihanraya akan datang.

Kita akan lihat ke mana kamu, ketika itu.

============================================================================================================================== HANYA DUA PERTUBUHAN BELIA DIKENALPASTI CENDERUNG KPD PARTI PEMBANGKANG

SEREMBAN, 19 Ogos (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan setakat ini mengenalpasti hanya dua pertubuhan belia di negara ini yang didapati lebih cenderung kepada parti pembangkang, kata Menteri berkenaan Tan Sri MuhyiddinYassin hari ini.

Menurutnya pertubuhan itu ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang merupakan antara pertubuhan belia yang menerima bantuan kementerian.

"Saya kesal tindakan ABIM dan PKPIM yang menyokong pembangkang. Saya berharap mereka akan mengkaji semula kedudukan mereka dan menyokong kerajaan,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen pembangunan belia eringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian itu akan meneruskan usaha membuat penjelasan kepada golongan belia tempatan agar mereka tidak mudah terpengaruh denganisu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

"Kita akan lebih mendekati mereka dengan memberi kefahaman mengenai kedudukan sebenar keadaan negara bagi menangkis sebarang elemen anti-kerajaan di kalangan mereka," katanya.

Menurut Muhyiddin berdasarkan resolusi Majlis Belia Malaysia (MBM) baru-baru ini, majoriti belia negara ini menyokong kerajaan. MBM dianggotai seramai 80,000 belia.

"Meskipun terdapat mereka yang bersimpati dengan parti pembangkang tetapi bilangannya adalah kecil...kebanyakan mereka memahami apa yang dilakukan oleh kerajaan dan berharap kerajaan terus menyokong aktiviti mereka," katanya.

Beliau mengingatkan belia supaya tidak mudah terpengaruh dengan propaganda parti pembangkang.

Ketika berucap pada majlis itu, Muhyiddin berkata konvensyen yang bertumpu kepada "Belia Dalam Menghadapi Alaf Baru" itu yang bertujuan sebagai satu forum kepada pemimpin belia tempatan berbincang secara berterusan mengenai isu-isu berkaitan agenda pembangunan belia dan negara bagi menghadapi alaf baru, akandiadakan di setiap negeri.

-- BERNAMA


Last changed: August 19, 1999