[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Zaharah Terpaksa Melawat Ke Seluruh Negara Sebab Semuanya Bermasalah.

Date: 19 Aug 1999
Time: 20:25:20
Remote User: -

Comments

Ulasan

Zaharah terpaksa melawat ke seluruh negara kerana semua kawasan bermasalah kerana tidak sokong BN lagi. Apa nak buat? Angin perubahan telah bertiup kencang atas perbuatan durjana Si Kepala Taik.

Maka jelaslah bahawa UMNO-BN akan hilang kuasa dan seterusnya akan menjadi parti pembangkang. Harap-harap mereka akan menjadi barisan pembangkang yang berkesan.

============================================================================================================================== WANITA UMNO GEMPUR KAWASAN BERMASALAH

IPOH, 19 Ogos (Bernama) -- Wanita Umno akan menghantar pasukan khas ke tempat-tempat yang dikenal pasti sebagai kawasan bermasalah untuk menangani isu negatif yang disebarkan oleh parti pembangkang sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum.

Ketuanya Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman, hari ini berkata Wanita Umno telah mula menggerakkan jentera pilihan raya bagi mengawasi, mengumpul dan mendapatkan maklumat balas daripada pengundi dan mengenai isu-isu sensitif yang terdapat di peringkat akar umbi.

Menerusi maklumat balas itu, kumpulan anggota Wanita Umno yang berkelayakan akan dihantar ke kawasan berkenaan untuk membantu menyelesaikan masalah itu, terutama dengan pengundi yang terkeliru dengan maklumat negatif yang disebarkanoleh pembangkang.

Wanita Umno akan berusaha habis-habisan untuk menarik pengundi, terutama kumpulan majoriti yang berdiam diri, dengan tujuan utama untuk memahami pendirian sebenar mereka, katanya kepada pemberita sebelum bermesyuarat dengan anggota exco Wanita Umno Perak di sini.

"Terdapat keperluan untuk mengetahui perasaan sebenar di kalangan majoriti yang berdiam diri, dan dalam parti dan yang di luar, sebagai langkah untuk memastikan bahawa mereka mendapat penerangan jelas mengenai isu-isu semasa dan terus mempunyai keyakinan dan mengundi BN," katanya.

Beliau berkata pengawasan dan pemeriksaan pelbagai peringkat perlu dilakukan bagi memastikan bahawa semua maklumat yang dikumpulkan oleh pemimpin Wanita Umno di semua peringkat adalah betul, katanya.

Pemimpin pergerakan itu akan pergi ke peringkat akar umbi untuk mengawasi dan menangani situasi itu, dan juga untuk memastikan bahawa semua langkah yang diambil oleh peringkat negeri dan bahagian selaras dengan garis panduan Barisan Nasional dan tidak berlaku pertindihan, katanya.

Siti Zaharah telah memulakan langkah itu dengan pergi ke negeri-negeri untuk mengawasi situasi itu tetapi menurutnya beliau tidak berpuas hati dengan pencapaian sekarang dan mahu anggota Wanita Umno menggandakan usaha mereka bagi memastikan kemenangan besar BN.

-- BERNAMA


Last changed: August 19, 1999