[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Bakal Ganti Si Kepala Taik Bersuara

Date: 19 Aug 1999
Time: 20:29:11
Remote User: -

Comments

JANGAN ALPA DENGAN KEJAYAAN PEMULIHAN EKONOMI, KATA DAIM

IPOH, 19 Ogos (Bernama) -- Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata rakyat tidak harus sekadar berpuas hati dengan kejayaan menangani krisis ekonomiyang dialami sejak dua tahun lepas kerana banyak lagi yang perlu dilakukan.

"Walaupun petunjuk semasa mengenai sistem perbankan di negara ini adalah aik jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang dilanda krisis, tetapi ia erlu diperkukuhkan lagi," katanya ketika merasmikan upacara pecah tanah pembinaan projek sekolah-sekolah oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak (DPMMPk) di tapak Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu di sini hari ini.

DPMMPk mendapat projek membina empat sekolah daripada 100 buah sekolah yang diberikan kepada DPMM dan Persatuan Pemborong Bumiputera di semua negeri secara "turnkey" dalam usaha kerajaan memulihkan ekonomi negara.

DPMMPk diberikan kontrak untuk mereka bentuk dan membina Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu di Ipoh dan Sek Men Taman Panglima, Sek Keb Taman Panglima dan Sek Men Matang yang kesemuanya di Taiping.

Daim berkata faktor seperti pertumbuhan ekonomi yang perlahan, penurunan arga pasaran hartanah dan kelemahan kedudukan kewangan syarikat-syarikat korporat dan syarikat persendirian, boleh mempengaruhi kestabilan sistem perbankan di negara ini.

Antara usaha untuk memulihkan ekonomi ialah dengan memperkukuhkan lagi sistem kewangan dan perbankan di negara ini, katanya.

Daim berkata dasar-dasar yang dilaksanakan ialah untuk kebaikan negara danrakyat dan tanda-tanda kejayaan telahpun mula dilihat.

Usaha kerajaan untuk menggiatkan semula pertumbuhan ekonomi dengan menentukan sektor awam memainkan peranaan utama untuk merangsang pertumbuhan akan diteruskan bagi mengimbangi kelembapan dalam pelaburan swasta yang belumpulih sepenuhnya akibat kegawatan ekonomi.

"Belanjawan sektor awam tidak dikurangkan, sebaliknya Kerajaan akan meneruskan pelaburan, terutama dalam infrastruktur fizikal, pembinaan dan sosial," katanya.

Pada majlis itu, Daim juga meminta guru, yang bertanggungjawab sebagai endidik dan penyalur maklumat yang betul, sentiasa berwaspada dengan musuh negara yang sentiasa cuba menggagalkan usaha yang dijalankan oleh kerajaan.

Katanya, sebagai golongan yang sentiasa berhadapan dengan generasi remaja yang masih mempunyai daya tafsiran yang rendah dan mudah menerima apa sahaja yang diperkatakan, guru perlu berhati-hati dengan golongan yang mempunyai kepentingan politik yang sempit ini.

Daim berkata para guru perlu sentiasa mengamalkan sikap positif dan berpandangan jauh, dan sentiasa mengingati bahawa usaha yang dilakukan oleh golongan yang memusuhi kerajaan sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa.

" Malah ia akan merosakkan perpaduan rakyat. Tetapi inilah tujuan mereka. Mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada kepentingan negara," katanya Beliau berkata sejarah negara telah membuktikan apabila rakyat berpecah, negara akan lemah dan orang luar akan mengambil kesempatan.

" Tetapi golongan yang menentang kerajaan sanggup membuat apa jua bagi kepentingan diri (seperti) mengalu-alu ucapan Al-Gore, meminta sokongan daripada (Presiden Filipina) Estrada dan mengguna media asing untuk memburukkan negara," atanya.

-- BERNAMA


Last changed: August 19, 1999