[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Zein Main Politik Kotor....

Date: 19 Aug 1999
Time: 20:43:01
Remote User: -

Comments

PEMUDA MINTA PEGUAM NEGARA AMBIL TINDAKAN TERHADAP ANWAR

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno hari ini meminta Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah mengambil tindakan sewajarnya ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya tindakan bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan itu melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Pengerusi Majlis Kemahasiswaan dan Latihan Pergerakan itu Zein Isma Ismail dalam satu kenyataan berkata perbuatan Anwar yang menyimpan surat dan dokumen kerajaan di luar negara itu melanggar ikrar yang harus dibuat oleh seseorang sebelum menjalankan tugas sebagai timbalan menteri atau menteri.

"Namun Peguam Negara harus bertindak tanpa prejudis dalam menjalankan siasatan terhadap perbuatan Anwar itu," katanya.

Zein juga berkata tindakan Anwar itu adalah sebagai satu usaha beliau untuk memeras ugut kerajaan serta taktik untuk mengalih perhatian rakyat daripada bertumpu kepada perbicaraan kes liwatnya.

Pemilikan dokumen-dokumen itu didedahkan oleh bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor baru-baru ini. -- BERNAMA


Last changed: August 19, 1999