[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pensyarah ITM geram dan marah!!

Date: 19 Aug 1999
Time: 20:58:44
Remote User: -

Comments

Pensyarah ITM geram dan marah!!

Apabila saya dan rakan-rakan yang pernah belajar di ITM menerima jemputan khas: Perhimpunan Perdana Siswazah ITM bersama Mahafiraun pada 26 Ogos-2 petang, kami saling menghubungi antara satu sama lain. Seorang darinya ialah pensyarah di ITM. Katanya, mengapa ITM sanggup berbelanja begitu banyak semata-mata untuk memuaskan nafsu orang gila seperti Ibrahim Ali yang mengambil kesempatan menonjolkan diri kepada tuannya Mahafiraun. Kos yang begitu banyak sebenarnya boleh disalurkan kepada pentadbiran ITM bagi menyediakan kemudahan asas yang lebih baik kepada pelajar. Misalnya, asrama para pelajar. Ajaklah para pemimpin kerajaan sekarang melawat sebahagian besar asrama yang berada di dalam kampus:

Katil yang lama, almari yang buruk dan patah-patah,tilam dan bantal yang koyak rabak, bilik yang sempit dan tidak kondusif untuk mentelaah.

Ada sesetengah pelajar telah melaporkan hal ini beberapa kali kepada Hal Ehwal Pelajar, tetapi jawapannya - tidak cukup wang untuk membiayai menggantikan/baiki keadaan yang begitu teruk sekali. Siapa yang nak ambil peduli hal pelajar? Persetankan dengan mereka, kamu datang ke sini untuk belajar, jangan banyak komplen.

Kata seorang rakan, apahal pulak mereka taruk gambar-gambar orang tertentu (kununnya bekas pelajar ITM) dalam kad jemputan tu?? Ramai itu je ke pelajar ITM yang berjaya (termasuk Ibrahim Ali gedebe??). Apasal lak gambar Salleh Majid paling dekat dengan gambar Mahfiraun? Apasal tak taruk gambar Ibrahim sendiri paling hampir dengan tuannya itu? Malu kot...

Anyway, syarat hadir majlis itu ialah bawa kad. Adakah kad serupa diedarkan kepada pelajar-pelajar dan kakitangan akademik/pensyarah ITM? Sebab anak saudara akupun yang masih belajar "dikerah" hadir. apa cerita nih?? Teruk betul kamu Zaidee Laidin. Habis tu, yang pentadbir kanan di ITM angguk je ke?? Bodoh betul kamu semua. Jangan salahkan para pelajar satu hari nanti jika perkara ini dibangkitkan untuk menentang pembaziran dan kebodohan yang kamu buat. Tanggunglah akibatnya!

Inshallah, kami akan hadir untuk dengar apa Mahafiraun cakap kali ni lak. Kot-kot dia nangis lagi. Aku dah beritahu rakan di ITM supaya sediakan slot untuk aku nyanyikan lagu khas untuk Mahafiraun iaitu sebaik sahaja Ibrahim Ali habis berucap. Lagu itu ialah nyanyian Kris Dayanti: "Menghitung Hari"..menghitung hari..detik demi detik...masa kau nanti apakah ada....

-jumpa di sana!-


Last changed: August 19, 1999