[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Sorakan REFORMASI bergema di Serdang

Date: 19 Aug 1999
Time: 21:03:43
Remote User: -

Comments

Sorakan REFORMASI bergema di Serdang

Jam 9.30 malam, saya dan rakan baru sampai di Sri Serdang mencari-cari tempat ceramah KeADILan. Kami hadir di sana untuk beri semangat kepada penganjur dan petugas malam itu. Tahniah Hj Yaakob dan pasukannya. Semasa melalui padang di hadapan Bangunan UMNO Serdang, saya lihat di bawah bangsal yang disediakan, ada tidak lebih 100 orang yang duduk. Di dua buah bangsal lagi masih kosong dan kerusi kelihatan bersusun-susun menunggu Rais Yatim (Dr.) dan Zayadi Awang (EXCO Pemuda). Mungkin jumlah bertambah selepas itu, wallahuallam. Rasa kelakar juga, di satu kawasan ada dua ceramah.

Sampai di kawasan padang yang dikakatakan akan diadakan ceramah sekaligus perasmian penubuhan KeADILan Serdang, kelihatan kosong, cuma di sekelilingnya penuh dengan gerai. Saya turun dengan rasa cemas. Selepas

bertanya seorang peniaga gerai, sahlah permit dibatalkan di saat akhir oleh Majlis Daerah Subang Jaya (YB Satim punya kerjalah tu!!). Namun program

diteruskan di kawasan kecil di rumah Ketua KeADILan Serdang (Hj Yaakob). Hampir 300m saya berjalan kerana agak sesak dengan kenderaan dan motorsikal.

Apa yang boleh dilapurkan ialah, suasana malam itu sungguh bersemangat.

Maklumlah, di kawasan Serdang ni ramai para ahli akademik dan usahawan serta tokoh-tokoh agama yang tinggal di sini. Ceramah saudara Saifudin Nasation sungguh berkesan. Ceramah saudara bukan sekadar ceramah kosong dan mengaibkan sesiapa. Tetapi ceramah penuh fakta dan kesedaran. Syabas brother! Mereka mendengar ucapan saudara dengan penuh kesedaran, saya lihat di kiri kanan , wanita mengesat air mata apabila saudara menceritakan kisah pilu Anwar di penjara dan tekanan yang diterimanya! Jeritan mereka supaya Mahathir Undur dan Jatuhkan BN bukan jeritan kosong nampaknya!

Yang pasti, hadirin, tak kurang dari 4,000 orang (jangkaan saya) kerana saya tak nampak jumlah yang berada di seberang jalan dan di celah-celah rumah. Sebahagiannya (mungkin dalam 1,000) orang terdiri daripada pelajar/anak-anak muda. Satu yang saya nak ingatkan, para pelajar yang hadir malam tadi, pastikan anda juga berperanan menjadi agen merobah dan menjatuhkan kerajaan akan datang!

Rumusan yang saya buat:

1. Tindakan Majlis Daerah Subang membatalkan kebenaran dua hari sebelum

program bermula, adalah sesuatu yang sungguh hina dan zalim. Malah memalukan. Ia merupakan faktor menimbulkan lagi kebencian dan kemarahan

rakyat.

2. Padang bola (Fasa 3) malam itu kosong. Apa salahnya jika benarkan program itu diteruskan di situ? Apakah Majlis Daerah ini pun turut takut ia menjadi ancaman kepada ceramah UMNO di sebelah padang bola itu? Yelah...kita pun tahulah siapa dia Ahli Majlisnya.

3. Tahniah dan terima kasih (bagi pihak penyokong keadilan/masyarakat Serdang) kepada pihak Polis yang bertugas dengan cemerlang malam itu. Bukan sekadar menjaga lalu-lintas, tetapi memberi kebenaran kepada orang ramai duduk di atas jalan (walaupun kemudiannya kebenaran itu ditarik balik kerana kesesakan yang tidak dapat dikawal lagi).

4. Semoga ahli-ahli UMNO yang berada di dalam rombongan bas dari Puchong yang sepatutnya menghadiri ceramah UMNO (yang kemudiannya hadir di ceramah KeADILan), akan terus memberi sokongan kepada barisan alternatif untuk memperjuangkan keadilan di dalam pilihanraya akan datang. Kalau tak dapat keluar dari UMNO pun, pastikan undi anda tidak diberi kepada calon BN/UMNO.

5. Semoga semangat berkobar-kobar yang dibakar pada malam tadi di Serdang akan terus marak di sanubari rakyat Malaysia!

6. Tahniah kepada Pemuda KeADILan Bukit Bintang dengan selingan yang menarik . Teriangan dalam bentuk lagu sungguh menarik:

" Hancur Hancur, Hancur BN!) - tapi, bila disebut cepat-cepat, jadi Hancuk, Hancuk..malu lak saya nak menyebutnya!

"Undur, Undur, Undur Mahathir" Takbir!!

Nota: lepas ni, boleh minta M.Nasir buat lagu khas untuk penyokong reformasi/keadilan.


Last changed: August 19, 1999