[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Mahathir lawat kubur Yan Chan di China ?

Date: 19 Aug 1999
Time: 22:57:09
Remote User: -

Comments

Mahathir lawat kubur Yan Chan di China ?

Kalau anda buka TV3 jam 6.00 -7.00petang, anda akan dapat menonton cerita Secret Battle of The Majesty .

Secret Battle Of The Majesty : Cerita cukup bagus. Plotnya menarik dengan aksi-aksi pergaduhan yang hebat. Tambahan pula didokong oleh pelakon yang talented dan terkenal. Permainan Kung Fu yang baik, apatah lagi pelakon utamanya yang handsome dan comel lote.

Sinopsis cerita: (belum habis lagi dan masih ditayangkan di TV3). Yan Chan (Wang Zhen)-jadi Maharaja dengan membunuh ayahandanya. Untuk mengekalkan dia menjadi Maharaja, dia membunuh sesiapa sahaja yang menentangnya atau yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau. Adik-beradik nya sendiri dibunuh. Oleh kerana beliau sangat marahkan Yan Chen (adik kandungnya - seibu sebapa), yang merupakan calon ayahandanya untuk menjadi Maharaja (selepas ayahandanya)kerana sikap dan tingkah lakunya yang baik , maka Maharaja Yan Chan menyiksa adiknya yang dipenjarakan. Kata Yan Chan (Maharaja zalim): "aku takkan benarkan kau mati,tetapi aku akan terus siksa kau"Ha hah..aa!!

Untuk mengekalkan takhtanya juga, Maharaja Yan Chan dengan penasihatnya telah melakukan fitnah dan konspirasi jahat!!!

Komen pengulas drama TV reformis: Perjalan cerita drama bersiri ini sebiji macam pemerintahan kuku besi Mahathir yang memenjarakan Anwar Ibrahim. Kalau ini pun rakyat tak dapat tangkap...bebalnya mereka!! Tahniah TV3. Agaknya, sebab itulah Mahathir melawat China untuk menziarahi kubur Maharaja Yan Chan yang seangkatan dengannya. Cuma bezanya, gundik Yan Chan tu tak pakai wig dan comel sungguh. Kekasih Yan Chen iaitu Shu Lan - lembutnya macam Wan Azizah!


Last changed: August 19, 1999