[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Apa Dah Jadi dan Akan Jadi Apa Lagi.

Date: 19 Aug 1999
Time: 23:12:53
Remote User: -

Comments

Apa Dah Jadi dan Akan Jadi Apa Lagi - Rintihan Rakyat

Aku rakyat Malaysia, berkelulusan Universiti, punya isteri, anak-anak, lelaki dan perempuan, yang sudah berkelulusan professional, yang masih di Kolej/ Universiti dan yang lain-lain sedang membesar, prestasi persekolahanya memuaskan, berperangai baik, tidak menyusah atau memeningkan kepala ibubapa. Kesihatanku sendiri amat memuaskan. Isteripun sihat dan tidak pandai mendatangkan masaalah. Tidaklah kaya tapi sudah ada rumah sendiri dan ada sedikit harta.

'Sounds ideal and almost perfect'! Pasti senang hati, tidak risau, bahagia. Sepatutnya begitulah. Hakikatnya, aku sedih, amat sedih, susah hati, risau, rasa tidak tenteram, rasa benci disebabkan adanya kejadian-kejadian, situasi dan perangai serta perilaku individu-individu tertentu dalam Negara kita ini. Juga bingung, pening kepala.

Aku rasa amat sedih, sesedih saat kehilangan ayah dan ibu. Yang menyedihkan aku kali ini ialah 'kehilangan' pemimpin; pemimpin yang cukup aku sayang, yang aku agung-agungkan, bangga-banggakan. Dahulu aku pamerkan potretnya, ucapan-ucapannya aku rakamkan untuk didengari berulang-ulang kali. Aku senang hati, rasa nyaman melihatnya di kaca T.V. Dengan bangganya aku mendakwa dialah pemimpin terunggul. Aku rakyat yang bermotivasi tinggi dan bahagia kerana dia. Tapi sekarang semenjak September l998 dia membuat aku terlalu sedih pula apabila dia dibenci, dikecam, dikutuk, dikeji, disumpah seranah, potretnya yang dicetak, dipijak-pijak, yang di T.V. diludah-ludah ekoran dia dianggap pula sudah zalim, tidak adil, tidak betul, mudah percayakan mereka-mereka yang berIQ rendah, terang-terangan melindungi penjenayah, membenarkan dirinya di peralatkan dan dia sudah tidak dihormati lagi, sebaliknya dibenci habis-habisan. Aku juga sedih dan pilu bila mengenangkan nasib anak cucuku pada masa akan datang, mereka ini akan mewarisi hutang negara yang berbillion ringgit itu; bila mengenangkan nasib bangsa Melayu, nasib ugama Islam dan Negara sekiranya kita berterusan di bawah kepimpinan yang zalim, tidak adil, tidak telus, korup, nepotic dan dictatorial.

Aku sedih, aku juga bingung. Bingung dengan persoalan seperti kenapa dia perlu melindungi perogol; kenapa perlu melindngi pembunuh, perasuah; kenapa biarkan individu-individu tertentu terus sarakah harta dengan cara-cara yang jelas tidak betul seperti meminjam dengan bank beratus-ratus juta ringgit kemudian lari dan kenapa pula manusia-manusia ini perlu diselamatkan dan dibantu lagi. Kenapa yang merosakkan perusahaan negara dibiarkan bebas. Kenapa Pelindung Negara yang bertukar menjadi Penjenayah Negara tidak diambil tindakan sewajarnya. Kenapa pegawai-pegawai tinggi berperilaku seolah-seolah sudah tidak bermaruah lagi. Kenapa ekonomi negara kita terus mencemaskan; sudah ada orang-orang kampung yang tidak mampu memberi anak-anak makan.

Aku sudah benci melihat NST, Berita Harian, Utusan Malaysia dan yang lain-lain yang jelas seperti tidah bermaruah lagi. Media letronik? Menyampah aku. Aku dan keluarga membaca Sraits Times dan Berita Harian terbitan Singapura dan lain-lainnya melalui Internet. Menonton TV yang dipancar dari luar negeri sahaja. Tapi kami senang dengan Harakah dan Eksklusif.

Seterusnya, aku akan jadi apa pula? Adakah aku akan menjadi seorang yang tidak boleh memaafkan pemimpin-pemimpin yang sudah dilabelkan zalim, tidak adil, tidak bersih, tidak telus, tidak amanah? Jadi orang yang tidak boleh dipujuk supaya terus bersama UMNO? Jadi orang yang tidak boleh dinasihatkan supaya fikirkan parti sahaja dan pedulikan pemimpin? Jadi orang yang tidak lagi boleh hormat Polis, BPR, Peguam Negara, Mahkamah? Kemungkinan besar aku akan menjadi orang-orang begini.

Haruskah aku kecewa? Bukankah masih lagi ada harapan? Bukankah yang mendatangkan masalah cuma yang seorang itu dan mereka-mereka yang perlukan perlindungan daripadanya sahaja?Bukankah yang sedang berusaha menggantikan mereka terdiri daripada yang berhemah tinggi, berkelulusan professional, kuat pegangan ugama? Ya, aku masih boleh pujuk hatiku agar jangan kecewa.

Bila aku fikirkan adanya orang-orang seperti Nik Aziz, Fadzil Noor, Harun Din, Hasan Ali, Mohamad Sabu, Ismail Kamus, Mahfuz Omar, Hatta Ramli, Syed Husin Ali, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Marina Yusof, Chandra Muzaffar, Ezam Mohd Nor, Mustaffa Kamil Ayub, Azmin Ali, Ruslan Kassim, Tien Chua dan yang lain-lain aku rasa tenang dan senang dan paling menyenangkan hatiku ialah adanya Wan Azizah dan Wira Negara yang aku hormat tetapi yang paling ditakuti oleh orang-orang yang sudah melakukan berbagai-bagai kesalahan itu yang kalau dibiarkan akan pasti menghancurkan Negara yang kita cintai ini!

Yang sedih dan mengharap


Last changed: August 19, 1999