[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Awang Patut Cadangkan Ia Kerana Kempen Pilihanraya.

Date: 19 Aug 1999
Time: 23:25:01
Remote User: -

Comments

Nampaknya pandangan Si Awang ini bercanggah dengan IKIM. Biasalah tu apabila Dato-Dato berbincang, mereka terlupa tentang orang bawahan. Banyak lagi isu yang serupa. Mereka bukan jenis yang turun padang.

Kita ingin menambah bahawa sebenarnya IKIM sudah jadi jentera ugama Islam bagi UMNO. Cadangan ini kununnya menunjukkan UMNO prihatin terhadap wanita tapi mereka lupa bahawa ramai lagi yang miskin di negara ini.

============================================================================================================================== BISIK-BISIK

CADANGAN Ketua Pengarah IKIM, Dr. Ismail Ibrahim, supaya mas kahwin dinaikkan sehingga RM2,000 memberi gambaran seolah-olah beliau sudah putus hubungan dengan rakyat bawahan.

Menyediakan keperluan untuk berkahwin memerlukan perbelanjaan yang besar. Kenduri, pakaian, hantaran dan macam-macam lagi. Golongan bawahan yang menyediakan sendiri semua keperluan itu selalunya terpaksa meminjam. Lainlah anak orang berada di mana ibu bapa menyediakan segala-galanya.

Hujah bahawa RM2,000 akan membolehkan wanita memiliki harta adalah lemah. Harta boleh dicari bersama kemudian.

Dan, janganlah kita cuba mengaitkan soal mas kahwin dengan martabat wanita.

Awang - Hargai wanita.


Last changed: August 19, 1999