[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Laporan Anwar: Wanita Umno berpecah

Date: 20 Aug 1999
Time: 00:00:56
Remote User: -

Comments

Laporan Anwar: Wanita Umno berpecah Oleh Abd. Rahman Koya

KUALA LUMPUR: Perpecahan yang lebih serius berlaku dalam Wanita Umno antara kumpulan pro Anwar dan saki baki penyokong bekas ketuanya Rafidah Aziz yang mewakili Dr. Mahathir.

Siti Zaharah Sulaiman ketika mengulas mengenai dakwaan 'dokumen rahsia' yang dikatakan mengandungi maklumat mengenai korupsi peringkat tertinggi, cuba untuk tidak mengkritik tindakan bekas pelindungnya, Anwar Ibrahim.

Manakala menteri lain, yang mungkin menjadi sasaran laporan polis Anwar akan datang, telah mengeluarkan kenyataan keras iaitu daripada gesaan mengambil tindakan terhadap kakitangan awam sehinggalah kepada hukuman bunuh. Tetapi Zaharah menyeru pihak berkuasa untuk tidak membuat keputusan mengenai dakwaan wujudnya dokumen rahsia yang disimpan di luar negara.

Zaharah yang usahanya untuk membersihkan sayap wanita daripada elemen yang disokong oleh Rafidah telah ditolak oleh Presiden Umno yang pro Rafidah awal bulan ini, berkata satu penyiasatan yang menyeluruh perlu dilakukan mengenai dakwaan itu.

Penganalisa melihat kenyataan itu sebagai satu pengesahan terselindung mengenai laporan polis Anwar yang mendakwa Mahathir menghalang Peguam Negara daripada mendakwa Rafidah mengenai dakwaan penglibatannya dalam skandal saham. Dalam laporan itu, Anwar mengepilkan surat daripada Jabatan Peguam Negara yang menyatakan ada prima facie untuk mendakwa Rafidah.

Kes Rafidah-Zaharah ini sering dianggap sebagai versi wanita pertembungan Mahathir-Anwar yang telah berlaku sejak Rafidah dikalahkan dalam perhimpunan agung Wanita Umno.

Perpecahan Wanita Umno tercetus apabila Dr. Mahathir membatalkan penyingkiran beberapa tokoh Wanita yang dibuat oleh Dr. Siti Zaharah.

Wanita Umno dilihat mempunyai tiga puak iaitu puak Siti Zaharah, puak Rafidah dan puak Nafsiah.

Walaupun kelihatannya telah selesai dan Wanita Umno telah pun mengadakan mesyuaratnya baru-baru ini, keretakan itu tidak mudah dapat diatasi memandangkan krisis Wanita Umno ini sangat mendalam dan sukar diselesaikan.


Last changed: August 20, 1999