[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

DAP bukan parti anti Melayu

Date: 20 Aug 1999
Time: 00:04:03
Remote User: -

Comments

DAP bukan parti anti Melayu - Teng Chang Khim

RAUB: Umno meneruskan dasar pecah dan perintah yang di amalkan penjajah Inggeris untuk terus berkuasa, kata Ahli Dewan Mata Kuching Selangor, Teng Chang Khim.

Menurutnya, dasar Inggeris yang memisahkan kaum kepada kelompok tertentu seperti kaum Melayu tinggal di kampung, Cina berniaga dan India di ladang sehingga tidak wujud integrasi antara kaum terus diamalkan Umno. Syak wasangka antara kaum terus disuburkan bagi memastikan Umno terus berkuasa.

"Parti-parti berbilang kaum seperti DAP di gambar sebagai parti perkauman sehingga rakyat khususnya kaum Melayu memandang serong terhadap DAP malah ada yang menyifatkannya sebagai komunis.

"Media juga memainkan peranan memisahkan DAP sehingga tiada satu pun berita positif mengenai DAP di- siarkan di dalam media yang dikuasai Umno," ujarnya dalam ceramah penerangan parti alternatif di Kampung Ulu Gali baru-baru ini.

Jelasnya, DAP bukan parti perkauman malah pimpinan DAP, Lim Guan Eng di penjara kerana cuba membela kaum Melayu.

Malah, tambah beliau, dalam kes Pantai Kundur di Melaka, DAP menghantar air ke Masjid dan surau bagi membolehkan orang Islam di situ solat setelah bekalan air ke masjid dipotong.

"Namun, media telah menggelap berita tersebut sehingga berita mengenainya tidak ketahui masyarakat dan DAP terus di momok sebagai anti perpaduan dan sebagainya.

"Begitulah manipulasi media oleh Umno/BN yang berleluasa di negara kita. Justeru itu, isu keadilan adalah pokok dalam pilihan raya akan datang," ujarnya.


Last changed: August 20, 1999