[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Masih Tidak Yakin

Date: 20 Aug 1999
Time: 02:27:40
Remote User: -

Comments

Ulasan

Oleh kerana ingin mengekalkan kuasa hingga ke akhir hayat, Si Kepala Taik masih belum yakin untuk adakan pilihanraya.

Maknanya dia tidak percaya dengan laporan yang diterimanya baik dari kalangan UMNO mahupun pihak keselamatan.

"Lawatan ini juga bukan menjadi penentuan atau kayu pengukur sejauh mana pengundi keturunan Cina di Malaysia akan menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya itu kelak," katanya pada persidangan media di akhir lawatan kerja tiga hari ke China, di sini.

DIA MASIH TIDAK YAKIN DENGAN SOKONGAN ORANG CINA. MALULAH SI LIONG SYIT TUH.

"Pengundi Cina lebih mementingkan soal sejauh mana ekonomi negara boleh terus berkembang...soal perdagangan, perindustrian, kestabilan politik, keamanan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

DAN ORANG CINA JUGA TAHU BAHAWA EKONOMI NEGARA MASIH LAGI MALAP KERANA KERAJAAN SI KEPALA TAIK MASIH TIDAK DAPAT TADBIR EKONOMI DENGAN BAIK.

"Lawatan saya ke China bukan satu usaha untuk memancing undi kerana ia tidak mungkin menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya itu kelak," tegas beliau.

JELASLAH BAHAWA SI KEPALA TAIK TIDAK YAKIN TERHADAP PENGUNDI CINA. SEBENARNYA DIA TIDAK YAKIN UNTUK MENANG. HATI KECILNYA BERTANYA-TANYA DAN WAS-WAS.

Mengimbas sejarah, Dr Mahathir berkata perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein membubarkan Parlimen dan memanggil pilihan raya umum sekembalinya dari Beijing, selepas menandatangani perjanjian hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China pada 1974, "kerana ia sesuai dengan keperluan semasa ketika itu."

"Dalam kes lawatan saya kali ini, saya masih belum dapat inspirasi sama ada sesuai atau tidak saya berbuat sama seperti yang dibuat oleh Tun Razak," katanya secara bercanda.

INI MENGESAHKAN ANDAIAN RAKYAT BAHAWA DIA MASIH TIDAK YAKIN UNTUK MENANG.

"PAS mudah membuat janji seumpama itu kerana dia tahu dia tidak akan dapat membentuk kerajaan. Janji-janji itu hanya sekadar untuk memancing sedikit undi atau mendapatkan satu atau dua kerusi tambahan," katanya.

PERTAMA DIA KUTUK PAS LEPAS ITU DIA KATA PAS YANG MAHU PANCING UNDI SEOLAH-OLAH BN TIDAK PANCING UNDI. NAMPAKNYA DIA SEMAKIN NYANYUK.

Semasa menjawab soalan daripada seorang wartawan Barat, Dr Mahathir berkata beliau tidak menyesal dengan tindakan terhadap bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana "proses undang-undang harus dilaksanakan dan akan menentukan tanpa mengira kedudukan atau status seseorang itu."

MANA DIA NAK MENYESAL? DIA SUDAH TERLANJUR. SUDAH HAMPIR SETAHUN LAMANYA. DIA TAHU BAHAWA DIA AKAN JATUH SEBAB RAKYAT YANG AKAN JATUHKAN.

"Kami tidak campurtangan dengan proses undang-undang sama ada melibatkan timbalan perdana menteri atau perdana menteri sendiri.

DI SINI DIA BERBOHONG PADA DUNIA.

"Sedangkan semuanya tercatat dalam rekod bahawa menteri kabinet kami telah dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan kerana melakukan kesalahan.

Malahan buat masa ini dua anggota exco negeri sedang dibicarakan dan kami tidak akan campurtangan, walaupun mereka daripada parti kami sendiri," kata Perdana Menteri.

KAMU TAK CAMPUR TANGAN SEBAB MEREKA INI BUKAN GULUNGAN ATAU KRONI KAMU. ITU SEBABNYA...BODOH! KAMU INGAT RAKYAT BODOHKAH?

Kepada satu lagi soalan daripada wartawan Barat, Dr Mahathir mengingatkan Barat supaya "melihat pada diri mereka dahulu sebelum menuduh orang lain mencabuli hak asasi manusia."

DIA INGIN UTARAKAN HAK ASASI CARI DIA. DAKWAAN BERPILIH-PILIH.

"Ia hanya kerana rakyat Asia agak kurang mengkritik orang lain kerana kami rakyat Asia tidak menetapkan undang-undang bagi orang lain mematuhinya."

"Bagaimanapun adalah menjadi hakikat yang diketahui umum bahawa masyarakat peribumi di kebanyakan negara yang diterokai atau diduduki orang Barat telah dianiayai, terbiar malahan disingkirkan oleh pendatang baru," kata Dr Mahathir.

DIA MASIH DUDUK DALAM MINDA 50HAN DAN 60HAN. DAH SAH NYANYUKNYA PERINGAT KRONIK.

============================================================================================================================== LAWATAN KE CHINA TIADA KENA MENGENA DENGAN PILIHAN RAYA

Daripada Ali Mamat

BEIJING, 20 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan lawatannya ke China kali ini tiada kena mengena dengan pilihan raya umum di Malaysia, walaupun ia berbetulan dengan sambutan ulangtahun ke-25 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Menurut Perdana Menteri, lawatannya kali ini, yang kelima olehnya, tidak mencetuskan sebarang inspirasi kepada beliau untuk menentukan bila Parlimen boleh dibubarkan dan bila pilihan raya harus diadakan.

"Lawatan ini juga bukan menjadi penentuan atau kayu pengukur sejauh mana pengundi keturunan Cina di Malaysia akan menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya itu kelak," katanya pada persidangan media di akhir lawatan kerja tiga hari ke China, di sini.

Menurut Dr Mahathir, sokongan pengundi Cina kepada BN bukan kerana lawatannya ke negara ini.

"Pengundi Cina lebih mementingkan soal sejauh mana ekonomi negara boleh terus berkembang...soal perdagangan, perindustrian, kestabilan politik, keamanan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

"Lawatan saya ke China bukan satu usaha untuk memancing undi kerana ia tidak mungkin menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya itu kelak," tegas beliau.

Mengimbas sejarah, Dr Mahathir berkata perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein membubarkan Parlimen dan memanggil pilihan raya umum sekembalinya dari Beijing, selepas menandatangani perjanjian hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China pada 1974, "kerana ia sesuai dengan keperluan semasa ketika itu."

"Dalam kes lawatan saya kali ini, saya masih belum dapat inspirasi sama ada sesuai atau tidak saya berbuat sama seperti yang dibuat oleh Tun Razak," katanya secara bercanda.

Menjawab satu lagi soalan, Dr Mahathir berkata PAS boleh menjanjikan seribu satu macam perkara, hatta syurga, jika ia memenangi pilihan raya kerana memang mudah bagi orang yang tidak akan mencapai kemenangan untuk berbuat demikian.

Timbalan Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini dipetik sebagai berjanji jika memenangi pilihan raya kali ini beliau akan memberi cuti bersalin selama tiga bulan kepada setiap pekerja wanita dan bilangan hari bekerja pula dikurangkan kepada lima hari seminggu.

"PAS mudah membuat janji seumpama itu kerana dia tahu dia tidak akan dapat membentuk kerajaan. Janji-janji itu hanya sekadar untuk memancing sedikit undi atau mendapatkan satu atau dua kerusi tambahan," katanya.

Semasa menjawab soalan daripada seorang wartawan Barat, Dr Mahathir berkata beliau tidak menyesal dengan tindakan terhadap bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana "proses undang-undang harus dilaksanakan dan akan menentukan tanpa mengira kedudukan atau status seseorang itu."

"Kami tidak campurtangan dengan proses undang-undang sama ada melibatkan timbalan perdana menteri atau perdana menteri sendiri.

"Sedangkan semuanya tercatat dalam rekod bahawa menteri kabinet kami telah dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan kerana melakukan kesalahan.

Malahan buat masa ini dua anggota exco negeri sedang dibicarakan dan kami tidak akan campurtangan, walaupun mereka daripada parti kami sendiri," kata Perdana Menteri.

Kepada satu lagi soalan daripada wartawan Barat, Dr Mahathir mengingatkan Barat supaya "melihat pada diri mereka dahulu sebelum menuduh orang lain mencabuli hak asasi manusia."

Menurut beliau, apabila tiada berita mengenai penyalahgunaan hak asasi manusia di Barat tidak bermakna tiada pencabulan di pihak mereka.

"Ia hanya kerana rakyat Asia agak kurang mengkritik orang lain kerana kami rakyat Asia tidak menetapkan undang-undang bagi orang lain mematuhinya."

"Bagaimanapun adalah menjadi hakikat yang diketahui umum bahawa masyarakat peribumi di kebanyakan negara yang diterokai atau diduduki orang Barat telah dianiayai, terbiar malahan disingkirkan oleh pendatang baru," kata Dr Mahathir.

Sedangkan, katanya, sudah tercatat bahawa Orang Asli di Malaysia tidak hanya berkembang tetapi bertambah jumlahnya kerana bukan sahaja mereka ini dilindungi tetapi juga dilayani dan dijaga sama seperti bangsa lain.

Dr Mahathir meninggalkan Beijing lewat pagi ini bagi lawatan tiga hari ke ke Ulan Ude, ibukota Buryatia, sebuah republik autonomi dalam Persekutuan Rusia. -- BERNAMA


Last changed: August 20, 1999