[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Mahu Jual Di Indiakah?

Date: 20 Aug 1999
Time: 20:17:59
Remote User: -

Comments

Ulasan

Bukan hasrat kita untuk menghina reformis-reformis kerurunan India tapi apakah relevannya buku ini diterjemah kerana sememangnya ia tidak laku. Ingat Si Samy Tol paksa dan kemudian beri percuma buku "The New Deal For Asia" dalam mesyuarat agong MIC tempoh hari.

Apakah dia mahu jual buku ini ke India?

==============================================================================================================================

BUKU "THE WAY FORWARD" KARYA MAHATHIR KINI DALAM BAHASA TAMIL

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- "The Way Forward", buku tulisan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kini boleh didapati dalam versi bahasa Tamil.

Versi bahasa Tamil daripada buku asal yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan kemudian diterjemahkan ke Bahasa Melayu, akan dilancarkan minggu depan dengan harga RM19.90 senaskhah.

Menurut pengarah urusan Jayabakti Sdn Berhad K.Selvaraju, syarikat itu sudah mencetak 2,000 naskhah buku terbabit.

Menurutnya buku terbaru Dr Mahathir bertajuk "A New Deal for Asia" baru-baru ini diterbitkan dalam bahasa Tamil dan dijual pada harga RM14.90 senaskhah.

Ia dilancarkan pada 31 Julai sempena persidangan tahunan MIC. Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu membeli 1,200 naskhah dan mengedarkannya kepada perwakilan persidangan itu.

Selvaraju berkata mereka yang ingin membeli buku itu boleh menghubunginya di talian 03-6210399 atau membelinya di Wisma Jayabakti, Jalan Cenduruh 2, Batu 4, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur. -- BERNAMA


Last changed: August 20, 1999