[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Salahkan Si Kepala Taik

Date: 20 Aug 1999
Time: 20:21:35
Remote User: -

Comments

Ulasan

Perkara ini terjadi kerana silap Si Kepala Taik yang tidak mahu umum tarikh pilihanraya dengan tepat. Semua parti politik termasuk UMNO dan BN juga jadi gila dibuatnya.

Dr. Ting bolehlah marah Si Kepala Taik kalau berani. Sebenarnya UMNO-BN kalah perang bendera.. ============================================================================================================================== KERAJAAN TEMPATAN DIARAH TURUNKAN BENDERA PARTI TIDAK IKUT ATURAN

KOTA BAHARU, 20 Ogos -- Semua kerajaan negeri sudah diarah menguatkuasakan undang-undang pengiklanan supaya bendera parti-parti politik yang dipasang di kawasan pihak berkuasa tempatan tanpa permit, diturunkan segera.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Ting Chew Peh berkata, tindakan itu tanpa mengira bendera berkenaan daripada Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang.

"Semua pihak mesti ikut undang-undang, tanpa berkecuali", katanya kepada pemberita selepas merasmikan pesta pasaria Sekolah Menengah Persendirian Chung Hwa, Kok Lanas di sini, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung MCA berkata, undang-undang perihal iklan komersial termasuk pemasangan bendera cukup jelas iaitu mengkehendaki semua pihak mesti mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan.

Katanya, pihak berkuasa tempatan boleh mengarah parti-parti politik menurunkan bendera yang dipasang tanpa permit dan jika mereka enggan, pihak berkuasa boleh mengarahkan pekerja masing-masing menurunkannya tanpa perlu mendapat persetujuan parti terbabit.

Ting berkata, tanpa penguatkuasaan undang-undang, sesebuah bandar akan menjadi tidak teratur dan menjejaskan penglihatan, sekaligus membantutkan usaha kerajaan untuk mewujudkan bandar yang cantik, tersusun dan bersih.

Beliau terkejut apabila mendapati banyak bendera parti-parti politik dipasang di merata tempat di negeri ini seolah-olah pilihan raya sudah hampir tiba.

"Keadaan ini sangat mengelirukan terutama kepada pelancong asing", katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 20, 1999