[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Siapa Yang Macam Budak-Budak?

Date: 20 Aug 1999
Time: 20:26:24
Remote User: -

Comments

Ulasan

Dalam usaha MDC menafikan kenyataan Dato Fadzil, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa dengan kecanggihan teknologi IT, kalau seseorang itu mahu bocorkan rahsia kerajaan maka ia boleh dibuat dengan pantas. Benar begitu? sebab semuanya sudah ada dalam alam siber atau alam maya. Electronic Govt. kalau tidak dikendalikan dengan baik akan memusnahkan negara.

============================================================================================================================== MDC ANGGAP DAKWAAN FADZIL NOOR KEBUDAK-BUDAKAN

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Multimedia Development Corporation (MDC) hari ini menyifatkan dakwaan presiden PAS Datuk Fadzil Noor bahawa projek Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah saluran bagi "membocorkan" rahsia kerajaan kepada orang asing sebagai tidak berasas.

Pengurus Kanan Korporat MDC Kamil Othman berkata: "Kami berharap kenyataan itu tersalah lapor tetapi jika ia benar maka ini menunjukkan kejahilan pembangkang.

"Adalah tidak tidak profesional seorang seperti Datuk Fadzil mahu mengelirukan orang ramai bahawa projek MSC boleh membocorkan rahsia negara ke luar negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwaan itu disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Malaysia minggu lepas. Kamil berharap PAS akan melawat MSC untuk melihat sendiri kemajuan yang telah dicapai oleh MSC. -- BERNAMA


Last changed: August 20, 1999